Berita Harian Online | 'Saya sudah jangka'

YUNUS dipeluk  rakan sepasukan Schzuan Ahmad Rosely sebaik melintasi garisan penamat acara 4x400m, kelmarin.

YUNUS dipeluk rakan sepasukan Schzuan Ahmad Rosely sebaik melintasi garisan penamat acara 4x400m, kelmarin.
DARI yang terbuang kepada menjadi wira! Itu perumpamaan terbaik buat kuartet 4x400 meter lelaki negara yang melakar kejutan meraih emas, kelmarin.

Kuartet dibarisi Muhammad Yunus Lasaleh, S Kannathasan, P Yuvaraaj dan Schzuan Ahmad Rosely yang melakukan 3 minit 10.49 saat itu sebenarnya hanya disenaraikan pada saat-saat akhir tatkala skuad olahraga sudah pun berangkat ke Palembang kerana dianggap tidak berpeluang meraih pingat.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kuartet terbabit yang menjalani latihan sebulan di Miri dan Brunei untuk ke temasya itu, bukan saja menghadiahkan pingat emas untuk negara, tetapi juga membuktikan mereka berpotensi besar apabila memenangi perlumbaan dengan agak selesa.
“Dari awal saya sudah yakin kemampuan mereka dan sanggup membiayai penyertaan. Kejayaan ini sungguh membanggakan kerana 4x400m adalah satu daripada acara yang berprestij dalam olahraga.”

Pingat perak dimenangi kuartet Filipina, manakala gangsa dimenangi Thailand. Malaysia memenangi emas 4x400m lelaki pada temasya Korat 2007 tetapi hanya meraih perak di Laos, dua tahun lalu.

Comments

Popular Posts