GEMPAR!!! MAYAT MASIH ELOK SETELAH 3 TAHUN DIKEBUMIKAN




Peristiwa di Kuburan Pondok Sungai Durian ini telah dibisikkan dari satu mulut ke satu mulut, ia berlaku beberapa minggu yang lalu. peristiwanya ialah apabila ada satu kematian kepada seorang warga emas muslimah yang juga ahli jemaah masjid Pondok Sungai Durian. Allahyarhamah dalam wasiatnya ia ingin disemadikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham suaminya yang meninggal dunia kira-kira hampir tiga tahun yang lalu.
Penggali kubur semasa membina liang lahadnya didapati kain kapan yang membalut dibahagian bahu mayat suami nya dalam keadaan masih elok lagi. kain kapannyanya tidak rosak dan jasadnyanya juga elok tidak reput.

Allahyarham PakWeil merupakan ahli jemaah tetap masjid Pondok Sungai Durian bersama isterinya. Dengan kereta Proton Saganya beliau berulang alik dari rumahnya di Guchil pada setiap waktu solat fardu. Beliau merupakan ahli jemaah yang paling awal tiba di masjid. Saya yang baru tinggal di Sungai Durian waktu itu juga agak mengenali beliau dari kejauhan, dan sempat memerhati dan perasan beliau yang tiba di masjid setiap waktu solat.

Tuan Guru Pondok Haji Abdul Rahman, Tuan Haji Ismail atau lebih mesra disapa dengan Paksu Weil ketika diaju dengan berita ini dan beliau mengesahkannya. dan katanya peristiwa itu sebagai pengajaran yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada setiap insan yang masih hidup terutamanya yang mengetahui berita ini. Oleh itu perbanyakkanlah beribadat kepada PENCIPTA dengan melakukan solat berjemaah dan mengaji AlQuran serta berjuang di jalan Islam.
nnya ialah apabila ada satu kematian kepada

Comments

Popular Posts