Laporan Khas : Tahniah !!! Kewangan Kelantan Diurus Dengan Cemerlang



 OLEH : WAN NORDIN WAN YAACOB 

KELANTAN antara negeri yang pada 

pandangan Laporan Ketua Audit Negara 

bagi tahun 2010 menggayakan prestasi 

penjimatan cemerlang yang diamalkan 

pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru 

Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Kecemerlangan menjayakan penjimatan 

dan seterusnya mengurangkan ketirisan 

dalam pelaksanaan projek membantu 

rakyat terbukti dalam laporan tersebut 

yang dikeluarkan barubaru ini
 
Laporan yang dikeluarkan oleh Tan Sri 

Amrin Buang mendedahkan mengenai 

Negeri Kelantan bagi tahun 2010 lalu 

adalah meliputi aspek penyata kewangan 

kerajaan negeri dan pengurusan kewangan 

jabatan/ agensi.


Laporan itu disediakan hasil daripada 

pengauditan yang dijalankan di beberapa 

Jabatan/ Agensi Negeri sepanjang tahun 

2010.


Di antara agensi terlibat 10 jabatan ialah 

Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat 

Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, 

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan 

Pertanian Negeri, Jabatan Kerja Raya 

Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar 

Negeri, Jabatan Perikanan Negeri 

Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri, dan 

Pejabat Pembangunan Negeri.


Kata laporan itu, kesemua jabatan yang 

diaudit itu boleh dikatakan hampir 90 

peratus perkhidmatannya adalah terlibat 

secara langsung dalam menyediakan 

kemudahan untuk rakyat.


Berdasarkan peruntukan bajet 2010, 

kesemua bajet bagi 10 jabatan yang diaudit 

adalah berjumlah RM192.25 (termasuk 

perbelanjaan mengejut).


“Namun apa yang berlaku, perbelanjaan 

sebenar ialah sebanyak RM168.24. Maka 

ia boleh dianggap sebagai penjimatan 

kira-kira RM24 juta. Kesan penjimatan itu, 

maka nilai defisit bajet kerajaan negeri 

dapat diatasi,” kata laporan tersebut.


Demikian pula, dilaporkan akaun kena 

bayar (AKB) negeri Kelantan turut 

menurun, iaitu pada tahun 2010, jumlah 

AKB adalah RM15.99 juta berbanding 

RM38.87 juta pada tahun 2009. Ia adalah 

penurunan sebanyak RM22.88 juta atau 

58.9 peratus yang mana sekali gus boleh 

dikatakan beban tanggungan hutang 

(apa-apa perbelanjaan yang sepatut 

dibayar) telah menunjukkan prestasi baik 

dari segi beban.

Ia berpunca daripada pengurusan 

membayar yang dianggap cekap yang 

disokong oleh sumber kewangan yang ada 

dan ketulusan amalan kewangan, kata 

laporan itu lagi.


Demikian juga, kerajaan Kelantan dilihat 

turut melaksanakan strategi pembangunan 

masa depan yang menjamin penerusan 

sumber hasil negeri, iaitu perhutanan. Ia 

dapat dilihat menerusi Kumpulan Wang 

Pembangunan Hutan yang diwujudkan.


Kumpulan wang ini bertujuan untuk 

melaksanakan pelbagai projek seperti 

menyedia, melaksana dan mengkaji semula 

rancangan pengurusan hutan negeri.


Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang ini 

meningkat sebanyak RM3.67 juta atau 8.2 

peratus menjadi RM48.25 juta berbanding 

RM44.58 juta pada tahun 2009.

Laporan itu juga menyebut 14 agensi 

kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2009 

dikira mencapai tahap akauntabiliti 

cemerlang.


Berikut adalah ringkasan terhadap laporan 

Ketua Audit Negara 2010 bagi Negeri 

Kelantan:
Pengesahan Penyata Kewangan

Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2010 adalah baik. Kesemua angka dalam Penyata Kewangan dapat disahkan kerana dokumen sokongan yang mencukupi telah dikemukakan. Pada keseluruhannya Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan suatu gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 201

Comments

Popular Posts