Nur Nabilah gadis 15 tahun kedua dilaporkan selamat






Remaja hilang hantar SMS maklum selamat

JERANTUT: Gadis yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Koperasi di sini, sejak Isnin lalu, menghantar teks pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya kelmarin, memaklumkan beliau selamat tetapi keluarganya masih gagal menghubungi telefon bimbit gadis terbabit. 

Nor Nabilah Mat Yaacob,15, dikatakan keluar rumah untuk membeli kad tambah nilai prabayar telefon bimbitnya dan ke rumah seorang rakannya jam 8.15 malam tetapi tidak pulang ke rumah selepas itu.Susulan itu, mereka membuat laporan polis berhubung kehilangan gadis terbabit pada jam 3 pagi, Selasa lalu.Ibunya, Norazlina Osman berkata, sebelum kehilangannya, mereka mempelawa Nor Nabilah mengikut keluarga ke bandar Jerantut bagi menyaksikan kakaknya, Farah Syahirah, 17, berlatih menari tetapi dia enggan dengan alasan mahu membeli kad tambah nilai. 

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, polis melancarkan operasi mengesan gadis itu dengan mengedarkan gambar dan mereka yang mengetahui mengenainya diminta menghubungi polis Jerantut di talian 09-2662222 atau keluarganya di talian 013-9742605.


sumber : BERNAMA

adakah benar adik nabilah ini selamat dan berada di rumah kawannya..wallahua'lam..sama2lah kita doakan agar semuanya ok..dan kalau adik nabilah terbaca artikel ini admin merayu agar adik hubungi segera orang tua adik dan pulanglah dik! mereka semua sayangkan adik..tidak ada masalah yg tidak boleh diselesaikan. baliklah...

Comments

Popular Posts