UNIK DAN MENARIK>>restoran nasi kukus bandar baru bangi terima bayaran dalam dirham dan dinar



Kebanyakan orang bila diceritakan Dinar dan Dirham, mereka lebih teruja dengan perkataan "Dinar" berbanding "Dirham". Pada mereka emas lebih kebal menyimpan kuasa beli berbanding perak.
Pagi tadi ketika berkunjung ke Restoran Nasi Kukus House, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi;  pemilik kedai tersebut menerima pembayaran menggunakan wang dirham.
Menariknya dia mula menerima pembayaran dalam dirham sejak tahun 2010. Ketika itu, 1 dirham bernilai RM16 dan pada waktu itu 1 dinar pula bernilai kurang lebih RM600. Andai dinilai dengan RM, nisbah adalah 1 dinar:38 dirham.
Alhamdulillah berkat dari hasil perniagaannya, beliau memiliki sejumlah besar dirham. Maka beliau mengambil keputusan untuk menukarkannya kepada dinar.
Ketika menukarkan dirham-dirhamnya, maka nilai dinar dan dirham dalam RM masa kini menjadi alat penyukat. 1 dinar = RM791, 1 dirham = RM25. Nisbah kini ialah 1 dinar: 32 dirham!

Andai duit-duitnya disimpan dalam nilai RM. Adakah nilai hartanya terpelihara? Anda pasti mampu menjawabnya. Dan bukankah dirham juga kebal menyimpan harta manusia?

Maka buangkanlah fahaman sayangkan dinar sehingga tidak mahu melepaskannya untuk muamalah.Selagi namanya wang syariah. Ia pasti penyimpan nilai harta anda yang setia. Tidak kiralah ia dinar ataupun dirham. Kerana Allah SWT dengan namanya ar-Razzak; Maha Pemberi Rezeki telah pun menjanjikan hanya yang terbaik kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa.
Wallahu'alam

Maklumat Foto:
1. Hajjah Fatimah dari Restoran Nasi Kukus House, Bandar Baru Bangi sedang mengira dirham-dirham untuk ditukar kepada dinar. Dari Nasi Kukus --> Dirham --> Dinar. Alhamdulillah wa syukrulillah! Maklumat lanjut http://www.facebook.com/ pages/ Restoran-Nasi-Kukus-House/ 115228591902713
2. Anakanda Haji Puri & Hajjah Fatimah dari Restoran Nasi Kukus House, Bandar Baru Bangi menukar 127 dirham 4 dinar. Dari Nasi Kukus --> Dirham --> Dinar. Alhamdulillah wa syukrulillah! Maklumat lanjut http://www.facebook.com/ pages/Restoran-Nasi-Kukus-House/115228591902713

Comments

Popular Posts