Skip to main content

CARA MENJADI CEMERLANG DALAM SPM


Kisah-kisah kejayaan pelajar-pelajar paling cemerlang 

(SPM: 21A & 18A)



Berikut adalah kisah-kisah kejayaan pelajar-pelajar paling cemerlang yang boleh dijadikan panduan (SPM: 21A & 18A):
1) Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 (21A) 

    Rekod Terbaik SPM



PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh 
memperoleh  21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang 
keputusannya diumumkan, semalam.
Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa 
sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar 
bersukan? Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod 
Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Keb. 
Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, 
minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi 
amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina 
Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A. Menurut Azali, dia 
mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, 
sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.“Tujuan asal 
saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat 
untuk diri sendiri serta cikgu. 
Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia 
tidak memberi apa-apa makna.“Ini sebagai hadiah kepada semua 
guru saya,”katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar 
cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran:
1- Bahasa Melayu,
2- Bahasa Inggeris,
3- Bahasa Arab Tinggi,
4- Pendidikan Syariah Islamiah,
5- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
6- Biologi,
7- Kimia,
8- Fizik,
9- Matematik Tambahan,
10- Sejarah,
11- Geografi,
12- Perdagangan,
13- Ekonomi Asas,
14- Matematik Moden,
15- Prinsip Akaun,
16- Sains Asas,
17- Pendidikan Seni,
18- Pendidikan Islam,
19- Tasawwur Islam dan
20- Kesusasteraan Melayu.
Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris 
untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 
21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan 
menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil 
banyak mata pelajaran.“Cikgu tidak pernah cakap jangan 
(ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan 
dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak 
boleh menguasai semua mata pelajaran. “Namun, 
saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. 
Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong 
dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan 
ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu 
bapa,” katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan 
guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan 
tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian 
Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, 
malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.
Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, 
dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk 
belajar 
datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran
 dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.
Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan 
hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya 
belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada 
dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar 
Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan 
kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.“Cuma ketika 
musim peperiksaan,pengetua menyarankan saya makan 
kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan 
menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama 
peperiksaan hingga hari terakhir.“Bagi saya, itu usaha 
terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya 
yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun 
menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi 
sebelum mencapai kejayaan yang diingini.“Pernah juga rasa 
tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang 
saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa 
kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.
“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah 
akan nasihatkan saya supaya melakukannya 
selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina 
keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya.

2) Siti Fatimah Mukhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A) 

Siti Fatimah Mukhtar Di UK dan Terus Cemerlang

1
Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke luar negara membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Siti Fatimah Mukhtar anak Kelantan yang dididik di sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, menduduki tempat pertama dalam SPM 2006, dengan17 A1 dan 1 A2, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu merupakan salah satu sekolah-sekolah Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan (http://www.yik.kelantan.gov.my) yang terkenal dengan kecemerlangan akademiknya.
Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
Keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau, cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 A1 dan 1 A2.
2
Gambar:  Fatimah bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
4
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran.
Be_021-300x250
Gambar: Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat. Nik Nur Madihah (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Fatimah Mukhtar dalam pertemuan di Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Nik Nur Madihah yang juga dari Maahad Muhammadi Kota Bharu Yayasan Islam Kelantan yang memperolehi 19 A1 dan 1 A2 didalam SPM 2008 telah menjadikan Siti Fatimah Mukhtar sebagai idola beliau.
  Semasa Siti Fatimah Mukhtar  berada di Maahad Muhammadi Perempuan, selain cemerlang dalam pendidikan akademik, pelajar ini juga cemerlang dalam pendidikan agama dan ko-kurikulum. Semasa di tingkatan 4, Siti Fatimah mendapat 24A untuk semua subjek yang diambilnya di tingkatan 4.
   Dalam bidang ko-kurikulum di juga, Siti Fatimah turut aktif. Bermain bola tampar dan ping pong di peringkat sekolah, manakala badminton hingga ke peringkat negeri dan pernah menjadi ketua rumah sukan di sekolahnya. Dia juga aktif menyertai kuiz dan debat .Ketika menyertai kuiz Sains dan Matematik, dia mewakili zon ke peringkat negeri Kelantan. Dalam debat bahasa Arab, berjaya sampai ke peringkat zon. Menjadi pengawas sejak 2003 dan sebagai Ketua Pengawas sewaktu di Tingkatan 5.
    Ibu bapanya turut menghantar Siti Fatimah menyertai kelas Tahfiz pada waktu malam kerana yakin dan percaya individu yang hafal Al-Quran akan cerdik akal fikirannya. Inilah yang membezakan beliau daripada remaja masa kini . Adik Siti Fatimah bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga soleh dan cemerlang dalam bidang akhlak dan agama.

Comments

Popular Posts