PROMOSI PELANCONGAN SABAH


Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
...
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.

Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.

Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.

Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.

Maliau Basin terletak di daerah Tongon, Sabah, di mana ia merupakan kawasan tadahan air hujan yang dikelilingi dengan Sungai Maliau. Maliau Basin ini telah diwartakan sebagai kawasan pemulihan oleh Yayasan Sabah pada 1981. Kawasan ini juga meliputi Gunung Lotung (1667 meter), air terjun Maliau, dan tasik Linumunsut.

Ia juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah". Sehingga hari ini, hanya 30%... dari tempat tersebut telah diterokai. Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti 'jungle trekking', mereka harus bersedia untuk menghadapi dengan pengembaraan yang sukar dan mencabar ini. Juga mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah dan membawa bersama seorang yang tahu selok belok lokasi berkenaan sebagai penunjuk jalan atau arah. Dengan keindahan serta keunikan alam dan kecantikan air terjun, para pengunjung pasti akan merasakan pengembaraan ini adalah sesuatu yang cukup menggembirakan.

Lebih daripada 30 spesis mamalia terdapat di kawasan ini. Terdapat 270 spesis burung, lebih daripada 80 spesis bunga orkid. Sebelum memasuki ke destinasi berkenaan 
hendaklah mengemukakan pas terlebih dahulu di Pintu Keselamatan Maliau Basin sebelum memasuki kawasan berkenaan. Pas berkenaan boleh didapati melalui Pejabat Yayasan Sabah Bahagian Perhutanan di Kota Kinabalu ataupun Tawau.



Sumber : http://www.sabah.gov.my/
Lihat seterusnya..
— di Kota Kinabalu.

SEGERA RASAI SENDIRI KEUNIKAN PENGALAMAN BERCUTI DI NEGERI BAWAH BAYU DENGAN PAKEJ SERENDAH RM500 SEORANG...HUBUNGI 014-3544350


Comments

Popular Posts