HUKUM QADA PUASA BAGI IBU BERSALIN/MENYUSUKAN ANAK






Quantcast Soalan: SAYA ingin tahu sama ada ibu yang melahirkan anak ketika Ramadan wajib menggantikan puasanya atau tidak. Ada kalanya si ibu yang sama turut melahirkan anak kedua atau seterusnya juga pada Ramadan. Adakah wajib ia menggantikan puasa atau adakah cara membayar puasa yang tertinggal itu?
Nurul Ain,


Jawapan: Mengenai kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan, Allah SWT berfirman dalam ayat 185 yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran.” Pada ayat yang sama Allah SWT menyebut, “Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…”
Dalam syarat sah puasa iaitu seseorang itu mestilah Islam, berakal, yakin masuknya Ramadan dan suci daripada haid dan nifas. Bagi ibu yang melahirkan anak pada Ramadan, maka wajib menggantikannya. Walaupun ia berlaku lagi pada Ramadan berikutnya kerana ia adalah alasan kukuh untuk tidak berpuasa.
Dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat menyebut, antara golongan yang wajib qada puasa adalah orang yang kedatangan haid dan nifas (termasuk wiladah atau kelahiran), orang yang sakit ada harapan untuk sembuh, orang yang musafir bukan kerana maksiat (melebihi dua marhalah), orang yang sengaja melakukan perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya. Wallahualam.


sumber : darululumonline.wordpress.com.

Comments

Popular Posts