LAPORAN PENUH DAN MENYELURUH TRAGEDI MH 017...GAMBAR DAN RENTETAN DAN REAKSI PIHAK ANTARABANGSA


Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi - LIVE UPDATES



Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi | Pada jam 
12.14 pagi waktu Malaysia, sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD 
milik MAS Airlines penerbangan MH17 telah dilaporkan terhempas 
akibat tembakan "surface-to-air" missile yang ditembak daripada Buk
 missile launcher di ruang udara Ukraine.

Ikuti LIVE Updates secara descending order dalam artikel berikut. Artikel 
disusun mengikut angka. Nombor paling besar adalah mewakili berita 
paling terkini.... 

Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video 

dan Situasi

1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah
 hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang 
Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari
 berikutnya. Penerbangan MH17 merupakan pesawat Boeing 777 
9M-MRD yang mana tahun ini adalah tahun ke 17 ulang tahunnya 
terbang diudara. Pesawat tersebut juga telah disahkan terhempas pada
 17 Julai 2014 pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, genap 17 tahun 
setelah kali pertama ia terbang diudara iaitu pada 17 Julai 1997.

Rujuk artikel ini untuk berita penuh MH17 terhempas: MH17 Terhempas 

2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas
 dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine
 bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415
 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan 
Rusia-Ukraine.

4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden 
pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine. Dalam
 satu udpate di Twitter milik rasmi kerajaan Ukraine, mereka menyatakan
 bahawa pejuang pemisah pro-Russia yang menembak jatuh MH17.

5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ 
menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat
 itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow.
 Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak
 mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari 
ketinggian itu.

7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People’s Republic” mengaku 
tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai
 ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

8. Pihak media tempatan telah melakukan sidang media bersama Dato Seri 
Najib Razak pada sekitar jam 4.20 pagi tadi (18 Julai 2014). Dato Seri Najib 
Razak mengumumkan akan menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi 
menyiasat perkara yang terjadi. Rujuk artikel ini.

Langsung daripada Sidang Media di Hotel Sama-Sama, KLIA.
Ucaptama DS Najib Razak.
1. DS Najib menyatakan rasa sedih dan terkejutnya berhubung isu MH17.
2. Malaysia akan mengambil bahagian dalam siasatan dan apa sahaja
perkara yang membabitkan MH17.
3. PM, DS Najib telah menghubungi Presiden Netherland dan juga Ukraine
 untuk membincangkan isu ini.
4. Ini adalah hari yang tragik pada tahun yang juga tragik setelah hilangnya
 MH370.
5. Perkembangan akan disampaikan dari masa ke semasa...
----------
Lebih mengejutkan pada saya, Obomba telahpun membuat ulasan lebih
awal berbanding sidang media rasmi di pihak Malaysia. Obomba dalam
sidang medianya beberapa jam yang lalu menyatakan,
6. US akan masuk campur dalam isu ini sekiranya perlu dan akan meneliti
 jalan penyelesaiannya.
7. US juga akan meneliti adakah rakyat US terlibat dalam tragedi MH17
tersebut.
8. US telah mengesahkan akan menghantar satu pasukan mereka ke
Ukraine bagi meneliti masalah tersebut.
-------------------------
Macam biasa, US akan jadi hero dalam isu-isu melibatkan Malaysia.
Dan ketika itu jugalah, kita sudah dapat membaca permainan dan
gerak-geri mereka....
9. Obama juga telah menyuarakan kesudiannya menghantar satu 
pasukan ke Ukraine bagi mencampuri urusan MH17. Obama 
menyatakan bahawa pihaknya akan mengutamakan jalan penyelesaian
 kes tersebut dan meminta agar pihak Ukraine tidak mengalihkan 
apa-apa kesan nahas sehingga pasukan mereka tiba. Obama juga
 menyatakan pihaknya akan memastikan apakah benar seramai 23
 orang rakyat US terlibat dalam nahas tersebut.

10. Petanda buruk apabila Obama dilihat bersuara lebih lantang daripada
 pihak yang terlibat dalam nahas, iaitu Malaysia. Obama dilihat seperti
 mempunya kepentingan khas untuk negaranya dalam kempen mereka 
menentang keganasan.

11. Pihak Russia pula telah menafikan bahawa BUKAN mereka yang 
menembak jatuh MH17. Berdasarkan laporan awal oleh Interfax, 
pasukan pembebasan Ukraine yang telah menembak jatuh MH17.

12. Pada awalnya, mereka mahu menembak jatuh pesawat yang 
menerbangkan Presiden Russia dari Brazil ke Russia, Vladimir Putin,
 setelah menghadiri konvensyen BRISC di Brazil. Putin dijadualkan 
akan melalui ruang udara Ukraine pada jam 16.40 waktu Moskow.

13. Namun, setelah diteliti, pesawat MH17 mempunya corak dan 
warna yang hampir sama dengan pesawat IL-96 milik Russia yang 
dinaiki oleh Putin.

14. Baca artikel ini untuk berita selanjutnya berkenaan tersalah tembak:

15. Dalam satu kenyataan, pihak Pejuang Pemisah Ukraine (pro-Russia)
 telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka telah menemui kotak
 hitam MH17 pada malam tadi.

16. Dalam kenyataan media Presiden US, Obama telah mengarahkan agar
 tidak ada satupun sisa nahas MH17 yang dialihkan daripada lokasi kejadian
 sehingga pasukan penyiasat mereka tiba di sana. Obama meminta agar 
pihak Ukraine memberi 100% akses kepada pasukan penyiasat mereka di 
lokasi kejadian.

17. Malaysia juga telah menghantar satu pasukan khas ke sana dan akan
 mengikuti perkembangan dari masa ke semasa di sana.

18. Isu MH17 ini dilihat akan mengheret kita ke suatu isu yang lebih besar
 kerana secara jelas ia telah melibatkan 2 buah kuasa besar, iaitu US dan
 Russia.

19. Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak telah menghubungi Presiden
 Netherlands dan Ukraine bertujuan mencari jalan penyelesaian isu ini dan 
juga mendapat jawapan tepat tentang isu yang terjadi.

20. Manakala, perdana menteri Australia, Abbot telah mengeluarkan kenyataan
 bahawa insiden ini adalah jenayah dan bukannya kemalangan. Maka, setiap 
jenayah harus ada yang dipertanggungjawabkan.

21. Tony Abbot juga menyelar jawapan yang diberikan oleh pihak kedutaan 
Russia kepada mereka sebagai tidak memuaskan. Tony Abbot juga meminta
 agar kes ini disiasat segera dan harus ada yang dipertanggungjawabkan.

22. Seramai 28 orang penumpang berwarganegara Australia terkorban dalam
 nahas MH17, manakala sekitar 26 orang penumpang warganegara Malaysia
 dan 15 anak kapal dilaporkan terkorban. Kesemua 295 penumpang termasuk
 15 anak kapal disahkan maut ditempat kejadian dan tiada yang terselamat.

23. Untuk senarai lengkap krew kapal yang terkorban, boleh rujuk artikel ini:

Senarai Anak Kapal MH17

Senarai nama anak kapal dan krew kabin yang utama...
Captain: Wan Amran Bin Wan Hussin (male, 50 years old)
Captain: Eugene Choo Jin Leong (male, 45 years old)
Vice- captain: Ahmad Hakimi Bin Hanapi (male, 29 years old)
Vice- captain: Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (male, 27 years old)
Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (male, 54 years old)
Dora Shamila Binti Kassim (female, 47 years old)
Azrina Binti Yakob (female, 41 years old)
Lee Hui Pin (female, 42 years old)
Mastura Binti Mustafa (female, 40 years old)
Chong Yee Pheng (female, 40 years old)
Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (male, 44 years old)
Sanjid Singh Sandhu (male, 41 years old)
Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (female, 42 years old)
Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (female, 31 years old)
Angeline Premila Rajandaran (female, 30 years old)

Al-Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam yang terlibat....

Senarai anak kapal yang terlibat. Klik imej untuk perbesar.

Kapten kapal, Wan Amran Wan Hussin

24. Dalam satu kenyataan lain, Hillay Clinton telah menyatakan bahawa 
Pejuang Pemisah Ukraine (pro-Russia) yang sebenarnya menembak
 jatuh MH17 dan pihak Russia harus dipertanggungjawabkan. 

25. Menurut satu sumber lain, kotak hitam yang ditemui oleh pejuang 
pemisah tersebut telahpun dihantar ke Moskow untuk tujuan siasatan
 pihak Russia.

26. Hal ini amat membimbangkan US setelah mereka mahukan semua
 barang nahas MH17 ditinggalkan dilokasi untuk siasatan pasukan mereka.

27. Dalam satu laporan daripada pihak Russia, seramai 20 orang dalam 
MH17 sedang berada dalam perjalanan menuju ke Melbourne, Australia 
bagi menghadiri persidangan antarabangsa berkaitan HIV dan AIDS.

28. Antara mangsa yang terkorban adalah seorang veteran pengkaji AIDS
 Jerman, Joep Lange. Beliau sepatutnya menghadiri sidang tersebut di 
Australia yang akan bermual Ahad ini namun telah terkorban dalam 
nahas MH17.

29. Satu update daripada pemilik laman sosial Facebook di Israel telah
 menyatakan, seorang anak mereka telah terkorban dalam nahas MH17. 
Lelaki itu menyatakan anaknya antara yang terkorban. Rujuk sini.

"Today 17-7-2014 our son Ithamar was in the crashed malaysia airlines 
plain that went from Amstersam to australia - ithamar was 27 years old
 [sic],” wrote Dov Avnon, the man’s father.

Updated 10.43 PM (18 July 2014)

30. Malam ini, UNSC telah persidang di New York membincangkan isu terkini
 tentang MH17 dan juga konflik dua hala antara Ukraine dan Russia.

31. Dalam persidangan tersebut, UNSC telah meminta pihak Russia untuk 
memberikan penjelasan terhadap tuduhan mengenai Russia yang melancarkan
 peluru berpandu ke arah MH17.

32. Manakala dalam satu kenyataan terbaru, pihak Ukraine telah menafikan
 bahawa tiada senjata mereka yang jatuh ke tangan Pejuang Pembebasan 
Ukraine (Ukraine Separatis). Pihak Ukraine juga menafikan mereka 
menembak pesawat tersebut.

33. Dalam masa yang sama, pihak Russia dilihat masih bertenang dan belum 
mengeluarkan apa-apa kenyataan terbaru berhubung isu ini.

34. Terbaru, Russia hanya menyatakan bahawa pihak militari mereka mempunya
 bukti bahawa pihak ketenteraan Ukraine telah track MH17 sebelum ia ditembak
 jatuh oleh pihak yang tidak diketahui lagi.

35. Putin pula dalam kenyataannya berkata, Ukraine bertanggungjawab 
sepenuhnya terhadap MH17 yang terhempas dalam kawasan mereka. - RT News.

36. Terbaru, Datin Sri Rosmah Mansur telah menghantar kata-katanya 
kepada Presiden Russia, Vladimir Putin melalui seorang rakan yang rapa
t dengan Putin. Dalam kenyataan tersebut, Rosmah meminta agar Putin 
menelefon suaminya, DS Najib Razak untuk menerangkan kejadian yang
 sebenar kepada DS Najib agar DS Najib dapat bertenang seketika. - Sin Chew.

37. "The Blame Game" sedang terjadi di media antarabangsa. Ukraine 
menuduh Russia dengan dibackup oleh US. Russia pula menafikan dan 
berkata pihak ketenteraan Ukraine yang sepatutnya bertanggungjawab. - RT News.


Di bawah, gambar-gambar lokasi Pesawat MH17 terhempas:












































Comments

Popular Posts