MISI DAKWAH (SELAMATKAN AQIDAH) KG LOGKOU BARU,KIULU,TUARAN,SABAH




Laporan Lokasi Sekitar Misi menyampaikan bantuan sumbangan serta 

menyelamatkan akidah 2 keluarga ibu tunggal di Kg.Logkou Baru, Kiulu Sabah 

anjuran Gabungan GPI dan GBA Sekolah Kurang Murid(SKM) daerah Kota Kinabalu 

dengan kerjasama Guru Besar SK Kebayau,KK dan GPI Zon KK Utara. Penghargaan 

dan terima kasih turut .diucapkan kepada En Daniel PK HEM SK Kebayau,KK dan 

cikgu Siti Aisyah Amani Kamal dari SK St John, Tuaran yang turut serta menjadi 

tenaga sukarela sepanjang program tersebut. Jutaan terima kasih juga kepada 

kepada semua penyumbang..Alhamdulillah, amanah anda telah kami sampaikan. 

Hanya Allah sahaja yg boleh membalas kemurahan hati tuan-tuan dan puan-

puan...InsyaAllah kita ada satu lagi misi yg sama yg akan direalisasikan dalam masa 

terdekat...ALLAHUAKBAR!!!

Lagi gambar2 lokasi di bawah...




Memunggah brg2 sumbangan ke dalam kenderaan khas di pekan Telipok..hujan renyai-renyai kadangkala lebat...


Doa dipohon semoga dipermudahkan ..baaan doa dipimpin oleh Ust. Mustafa Kamal..



Ahli2 rombongan mengambil kesempatan bergambar bersama keluarga Pn. Willny...


Sumbangan barangan dapur dan keperluan harian disampaikan oleh wakil GPI/GBA SKM KK iaitu Ust Ismail ..turut kelihatan Ust Mohd Iyzam wakil SK Kebayau.



Antara brgn sumbangan yg diagihkan kepada keluarga Puan Jenny..


Terima kasih kepada En. Daniel selaku PK HEM SK Kebayau dan En.Shafiee salah seorang penduduk Kg. Kebayau yg sudi menjadi tenaga sukarela spjg program..


Walaupun hujan dan agak jauh menuruni bukit ..tapi tidak mematahkan semangat petugas2 kita untuk menyempurnakan misi pada kali ini — di Kg. Logkou baru,Kiulu...


Orang kuat Gabungan SKM KK merangkap bendahari program,setiausaha,ajk pengangkutan,ajk barangan sumbangan ..aihh semua dia lah..mabruk Ust Mohd Iyzam!!


Para petugas baru tiba di kediaman Pn. Wilny — di Kg.Logkou Baru,Kiulu


kenderaan khas yg digunakan sepanjang misi


Aiik...dalam lori pon berpayung ke...itulah antara cabaran yg terpaksa dilalui apabila atap bocor..
he he..lokasi ...sempadan KK-Kiulu


Ust Mohd Iyzam menyampaikan sumbangan kepada keluarga Pn Jinny..turut kelihatan Ust Mohd Hafiz

InsyaAllah akan diperluaskan lagi misi2 seumpama ini khususnya di kaw. pedalaman Sabah dengan niat dan visi yg satu iaitu membantu golongan yg memerlukan disamping menyelamatkan aqidah atau menyuburkan aqidah di bumi di bawah bayu ini.
Sekiranya ada pihak di luar sana yg ingin membantu dan mengimarahkan lagi misi dan visi kami ini atau ingin menjadi sukarelawan sila berhubung dengan penyelaras program Ust Ismail No HP: 0168408086..
Sumbangan anda walau dalam bentuk apa sekalipun amat kami alu-alukan dan hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh mengganjarkannya..
ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!!

Comments

Popular Posts