Doa Ketika Susah!





KETIKA DIRIMU SEDANG DIUJI DAN DALAM KESUSAHAN,
BERDOALAH DENGAN DOA YANG DIBACA OLEH RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.

Daripada 'Abdullah bin 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam membaca ketika dalam kesusahan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ، وَرَبُّ الْأَرْضِ، وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ.

Hadith riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim rahimahumallah.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menyatakan di dalam Syarah Sahih Muslim:

"Hadith ini adalah sangat besar kelebihannya yang sewajarnya diambil berat oleh kita semua dan memperbanyakkan membacanya ketika berhadapan dengan kesusahan dan pelbagai perkara yang besar."



Al-Imam At-Thobari rahimahullah juga pernah menyebut di dalam kitabnya Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran:

"Golongan Salafus Soleh telah berdoa dengan doa ini dan mereka menamakan doa ini dengan nama دعاء الكرب (Doa Ketika Berada Dalam Ujian dan Kesusahan)"

"Ya Allah, wahai Tuhan 'Arasy Yang Agung, bantulah sahabat-sahabat kami yang sedang dalam kesusahan dan berhadapan dengan ujian daripada-Mu. Selamatkanlah mereka daripada segala perkara yang tidak baik."

BACALAH DOA INI, AMALKANNYA DAN SEBARKANLAH.

Semoga bermanfaat untuk semua.


Lihat:
https://www.facebook.com/480355275469160/photos/a.480550092116345.1073741827.480355275469160/624370477734305/?type=3&theater

Comments

Popular Posts