ABDUL MANAF MAMAT THE TRUE WARRIOR
Detik suka duka Manaf
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my
2011/10/16
MANAF(dua dari kiri) berwajah sugul ketika merai kejayaan Terengganu bersama rakan sepasukan selepas menentang Kelantan, malam kelmarin.
Di sebalik kegembiraan meraikan kejayaan, mereka turut bersimpati dengan penyerang, Abdul Manaf Mamat kehilangan bapa tersayang, Mamat Mahmud, 73, sehari sebelum hari perlawanan.
Kapten pasukan, Marzuki Yusoff berkata, dia dan rakan sepasukan lain turut bersedih dengan berita kematian bapa Manaf dan berpendapat kemenangan ini adalah hak Manaf.
“Walaupun lebih bertahan daripada menyerang, saya berterima kasih dan kagum dengan semangat ditunjukkan Manaf. Dia mampu mengetepikan kesedihannya untuk beraksi cemerlang. Kemenangan mutlak ini adalah miliknya. Saya dan rakan sepasukan menghadiahkan kejayaan ini kepadanya,” katanya semalam.
Penjaring kedua terbanyak skuad Penyu itu menerima berita sedih kematian bapanya, Mamat Mahmud, 73, akibat penyakit angin ahmar dan hanya menyertai pasukan beberapa jam sebelum perlawanan.
Terengganu hebat: Annuar
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
2011/10/16
THE Red Warriors akur dengan kehebatan musuh tradisinya Terengganu selepas hasrat juara bertahan itu mempertahankan kejuaraan terkandas di suku akhir apabila tewas dengan agregat 3-5 selepas suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata Kelantan perlu menerima hakikat mereka gagal melangkah ke separuh akhir, sekali gus terlepas peluang mempertahankan trofi berprestij yang dimenangi julung kali tahun lalu.
Menurutnya, Kelantan perlu menghormati kemampuan Terengganu dan anak didik pengendali skuad Peteh, Irfan Bakti Abu Salim layak menerima penghormatan untuk ke peringkat seterusnya.
“Kita perlu menerima hakikat gagal ke separuh akhir dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada Terengganu. Kelantan sudah mencuba yang terbaik namun pihak lawan berjaya menghalang hasrat Kelantan, malah mereka (Terengganu) bermain dengan baik,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, kelmarin.
Annuar berkata, pemain Kelantan perlu melupakan kekecewaan dan selaku pemain profesional, mereka perlu memikirkan perancangan untuk beraksi musim depan.
Comments
Post a Comment