Berita Harian Online | Peledak skuad Harimau Muda tunjuk taring

Berita Harian Online | Peledak skuad Harimau Muda tunjuk taring

Peledak skuad Harimau Muda tunjuk taring


2011/10/07

PEMAIN Harimau Muda  Mohd Faizal Abu Bakar (kiri)   cuba dihalang  pemain Selangor, Mohd Nasriq Baharom (kanan) pada perlawanan persahabatan  di Padang Wisma FAM, semalam.
PEMAIN Harimau Muda Mohd Faizal Abu Bakar (kiri) cuba dihalang pemain Selangor, Mohd Nasriq Baharom (kanan) pada perlawanan persahabatan di Padang Wisma FAM, semalam.
KETIADAAN 14 tonggak utama jelas tidak menghalang kemaraan skuad Harimau Muda merakam kemenangan 4-2 ke atas Selangor pada perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang semalam.

“Sudah lama kami tidak menjaringkan empat gol, ini membuktikan barisan ini juga mempunyai kepakaran di bahagian penyudah,” kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mengenai pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain simpanan skuad bawah 23 selepas 11 dipanggil membawa cabaran negara di Canberra manakala tiga lagi masih di Slovakia.
“Saya harap perkara ini akan berlarutan, jika tidak dalam tempoh terdekat tetapi pada masa akan datang. Secara keseluruhan, ada peningkatan berbanding perlawanan dengan pasukan senior kebangsaan sebelum ini.”
Pada perlawanan persahabatan pertama 2 Oktober lalu, skuad Kim Swee tewas 3-0 kepada anak buah Datuk K Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih Selangor P Maniam tetap melihat keputusan semalam secara positif dengan pasukan simpanannya beraksi lebih baik berbanding skuad utama.

“Pada babak pertama saya menurunkan kemungkinan kesebelasan utama, mereka beraksi sebaik mungkin tetapi kerana faktor keletihan selepas melakukan latihan kecergasan semalam (kelmarin) menyebabkan permainan mereka kurang berkesan,” kata pengganti K Devan itu.

“Ini sesuatu yang positif dan dalam tempoh beberapa hari sebelum bertemu Perak, kita akan menilai semula skuad utama yang bakal diturunkan.”
Perlawanan persahabatan semalam antara persiapan skuad Olimpik menghadapi Sukan SEA 6 November ini manakala Selangor pula akan mengharungi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak, Isnin ini.


<script>var _wau = _wau || []; _wau.push(["tab", "6mskkxh6jcuu", "8an", "left-lower"]);(function() { var s=document.createElement("script"); s.async=true; s.src="http://widgets.amung.us/tab.js";document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(s);})();</script>

Comments