Berita Harian Online | Rona Rome
Berita Harian Online | Rona Rome
Rona Rome
Perabot motif bunga, aksesori senada ilham
SAMBUTAN hangat terhadap gaya kontemporari belum berupaya menyekat minat ramai peminat setia yang terus mengutamakan gaya Inggeris. Revolusi perabotnya yang menyaksikan pengenalan gaya mewah lagi ekslusif terus mengikat minat pengikut di samping menghimpunkan peminat baru membabitkan generasi muda.
Menyedari pengaruhnya masih berbisa, SSF Sdn Bhd kekal mengimport perabot seumpamanya bahkan turut dibawa aksesori secocok bagi melengkapi tata gaya.
Pengurus cawangannya, Saiful Nizam Zulkifli, berkata kebanyakan produk ditawarkan di ruang pameran SSF di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara, diimport dari negara pengeluar produktif, China dengan selebihnya keluaran Asia Barat.
“Namun, buat pertama kali SSF memfokuskan kepada jualan perabot putih berukir motif bunga. Ditawarkan juga yang berwarna kelabu dan hitam, namun setakat ini putih tetap mengungguli jualan,” katanya.
Tambahnya, berbanding Asia Barat, produk dari China mendapat permintaan tinggi kerana mengemukakan kualiti meyakinkan, harga mampu beli selain menawarkan kehalusan rekaan serta mutu buatan.
Lebih menarik, ada kalangan perabot berkenaan dipilih dan direka sendiri Ketua Pegawai Eksekutif SSF, Wong Choong Loong menggunakan pengalaman dan pemerhatiannya sepanjang berulang-alik mencari produk baru di China.
“Meskipun baru sebulan dua berada di pasaran, perabot putih yang mengambil inspirasi Itali disenaraikan antara barangan rumah laris di gedung ini. Saya percaya persepsi putih yang mewakili cita rasa, tak lekang dek zaman selain mudah dipadankan dengan apa juga kelengkapan serta aksesori.
“Kombinasi itu banyak membantu meningkatkan jualannya,” katanya seraya memberitahu ditawarkan juga perabot kulit PVC dan kayu padu dari Indonesia selaku alternatif gaya.
Sebelum ini dikenali sebagai gedung menjual perhiasan bertema gaya Inggeris, keputusan SSF meluaskan cabang jualan perabot, katanya, dipengaruhi pola pembelian masyarakat hari ini yang ghairah berbelanja bagi menyempurnakan hiasan dalaman kediaman.
“Sebab itu, sebelum muncul dengan inspirasi Itali, pernah diperkenalkan beberapa gaya lain termasuk sentuhan Perancis dan Belanda. Malah demi menjayakan gaya diutarakan, SSF bersedia membantu dari segi khidmat rundingan hiasan dalaman.
“Bagaimanapun, khidmat itu sekadar menunjukkan lakaran berpandukan maklumat keluasan pelan lantai, reka bentuk ruang dan tema kediaman yang diberikan. SSF belum merancang menghantar pereka dalaman khas ke rumah melainkan pekerja untuk urusan pemasangan perabot berkenaan,” katanya.
Kos pemasangan RM70 dikenakan bagi pelanggan sekitar Lembah Klang manakala tempat lain dikira melalui jarak serta jenis pengangkutan. SSF juga tidak menolak penghantaran bagi pembelian dari luar Kuala Lumpur, termasuk Sabah dan Sarawak, namun kos penghantaran dikira mengikut jarak iaitu kira-kira RM100 bagi perjalanan melebihi 40 kilometer.
“Apapun terpulang kepada pelanggan kerana sebelum ini, ada dalam kalangan mereka menyediakan pengangkutan sendiri membawa pulang perabot yang dibeli,” tambahnya.
Saiful Nizam berkata, bagi membimbing pelanggan mendapatkan gaya kediaman diingini, aksesori sampingan sedondon tema disediakan termasuk tumbuhan hiasan dalam pasu, lampu gantung, meja, kemasan meliputi cadar dan langsir, hiasan dinding seperti cermin bingkai menarik dan potret, bekas serta kotak serba guna dan sebagainya.
“Bagi nampak harmoni dan terancang, semua aksesori berkenaan dipastikan mempunyai latar warna sama dengan perabot. Namun bagi mengelakkan jemu dan menambah warna kediaman, pelanggan disyor mendapatkan hiasan tambahan seperti kusyen hiasan pelbagai bentuk dan warna dramatik.
“Jangan gusar sekiranya anda masih samar-samar mengenai gaya penataan, SSF sudi memberikan panduan merangkumi suai padan perabot, perhiasan serta kemasan,” katanya mengenai gedung itu yang turut menjadi tumpuan utama mendapatkan kelengkapan hantaran perkahwinan termasuk hiasan pelamin serta ole-ole untuk tetamu.
Menegaskan gaya Inggeris tidak mungkin surut penggemarnya, SSF memberi jaminan terus menawarkan produk rumah seumpamanya. Bahkan, tidak sekadar berpuas hati dengan produk sedia ada, gedung yang turut memiliki cawangan di Bandar Sri Damansara, Johor Bahru serta Pulau Pinang itu berazam mempelbagaikan lagi pilihan barangan untuk dijual.
“Memandangkan jualan perabot semakin memberangsangkan, kami mungkin menambah rekaan baru yang lebih memikat cita rasa. Asasnya masih berpaut kepada gaya Inggeris namun rekaan serta motif mungkin berlainan daripada ditawarkan sebelum ini,” katanya mengenai perabot yang majoriti diimport dari China itu
Rona Rome
Oleh Bennie Zie Fauzi
2011/10/09

Comments
Post a Comment