FINAL PM 2011: TERENGGANU MILIKI KELEBIHAN ? PETIKAN DARI KOSMO ONLINE BERITA HARIAN ONLINE DAN UTUSAN ONLINE


Terengganu miliki pakej 'sang juara'


BEKAS jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yakin skuad Penyu mampu mengulangi skrip 2001 dengan menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Keyakinan yang disuarakan Mat Zan itu adalah disebabkan beberapa faktor termasuk pakej lengkap yang dimiliki Terengganu sebagai sebuah pasukan.
Malah kata bekas pengendali Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan Pos Malaysia ini, skuad dari Pantai Timur itu telah berubah seratus peratus sejak dikendalikan Irfan Bakti.
Tanpa menafikan kemampuan Negeri Sembilan, Mat Zan yang bertanggungjawab menjulang nama Terengganu dengan muncul juara Piala Malaysia pada edisi 2001, turut mengakui bekas pasukannya itu telah menampilkan prestasi paling konsisten musim ini.
“Saya memilih Terengganu bukan sebab saya bekas jurulatih pasukan itu, tetapi ia berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan.
“Terengganu adalah sebuah pasukan yang konsisten. Mereka menduduki tangga kedua dalam Liga Super selain menjuarai Piala FA.
“Kini, mereka berada di pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan dua pasukan pilihan iaitu Kelantan dan Selangor di suku akhir dan separuh akhir,” kata Mat Zan semalam.
Mengulas lanjut, Mat Zan menjelaskan kekuatan utama Terengganu terletak pada rangkaian barisan tengah dan sentuhan berbisa pemain penyerangnya.
“Mereka memiliki dua penyerang terbaik iaitu Manaf (Mamat) serta Abdul Hadi (Yahya) dan dibantu Ashaari (Shamsudin) yang merupakan pemain lincah.
“Di bahagian tengah, Terengganu memiliki Joseph Kalang yang sangat bijak melakukan hantaran,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, berbanding skuad 2001, pasukan Terengganu kini dilihat cukup matang termasuk memiliki ramai pemain muda berbakat.
Namun kata Mat Zan, faktor penentu kepada perlawanan akhir Sabtu ini terletak kepada fokus 22 pemain di atas padang.
“Atas kertas, Terengganu memiliki kelebihan, tetapi apa sahaja boleh berlaku,” ujarnya.

Piala Malaysia untuk ayah - Manaf



KUALA TERENGGANU - Bintang Terengganu, Abdul Manaf Mamat mahu memastikan pasukannya pulang bersama Piala Malaysia, Sabtu ini sebagai hadiah buat Arwah bapanya, Mamat Mahmud yang meninggal dunia, awal bulan ini.
"Detik ini amat saya nantikan dan saya akan memastikan kemenangan sebagai hadiah untuk ayah.
"Meskipun beliau sudah tiada, namun beliau adalah pendorong saya untuk mencipta kejayaan," ujar Manaf yang kehilangan bapanya pada 14 Oktober lalu lalu.
Biarpun namanya semakin naik hasil kejayaan meledakkan gol ketika membenam Selangor di separuh akhir, namun Manaf tetap merendah diri.
Baginya, tiada sebarang kejayaan sudah dilakar selagi dia tidak membawa pulang piala, Sabtu ini.
Dia yang terpaksa direhatkan pada sesi latihan semalam setelah mengalami kecederaan buku lali kanan tetap yakin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama memandangkan kecederaan tidak begitu serius.
"Saya percaya dapat bermain pada malam final nanti kerana ia cuma bekas kecederaan lama pada buku lali ketika menentang Selangor Sabtu lalu," ujarnya.
Penyerang itu berkata, soal siapa yang menjaringkan gol tidak penting kerana ia permainan berpasukan, namun yang paling mustahak Terengganu menang seterusnya jadi juara Piala Malaysia kali ini.
Kata pemain berusia 24 tahun itu, rakan-rakan sepasukan yang lain juga mampu mencipta gol dan memastikan Terengganu merangkul trofi.
Dia bagaimanapun bertekad untuk bermain habis-habisan bagi menambah koleksi golnya.
"Berdasarkan keserasian yang baik dengan Abdul Hadi Yahaya dan Shaari Samsuddin, kami yakin dapat menggembirakan penyokong Terengganu," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.
Manaf setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Piala Malaysia, 15 gol dalam Liga Super dan tujuh gol Piala FA.
Dia membantu Terengganu mengecewakan Kelantan pada aksi suku akhir Piala Malaysia dan menyingkirkan Selangor di separuh akhir.
Pada separuh akhir pertama Piala Malaysiadi Shah Alam, pemain yang berasal dari Kampung Panji Alam itu berjaya menjaringkan dua gol.
Dia juga mencipta satu lagi gol sewaktu Terengganu melayani kunjungan Selangor pada separuh akhir kedua di gelanggang sendiri Sabtu lalu.
Abdul Manaf berpendapat, Terengganu dan Negeri Sembilan tetap mempunyai peluang seimbang untuk menjulang kejuaraan.

SEMENTARA DI KEM SANG RUSA..

Jangan harap!
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2011/10/25

Shahurain Abu Samah
Shahurain Abu Samah
Shahurain yakin NS bukan mangsa Terengganu

JANGAN riak!
Demikian ingatan sayap lincah Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah buat Terengganu yang mendabik dada menyifatkan Piala Malaysia bakal menjadi milik mereka sebaik menempah tiket final Sabtu ini.
Pemain kelahiran Kajang yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kecik’ itu menegaskan Terengganu harus ‘melangkah mayat dia dan rakan-rakannya’ terlebih dulu andai mahu menjulang piala keagungan itu.

“Mungkin Terengganu berbangga dapat menumbangkan juara bertahan, Kelantan dan pasukan gergasi, Selangor dalam laluan ke final, tetapi kami tidak akan menjadi ‘mangsa ketiga’ mereka,” katanya sejurus latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.

Shahurain yang akan tampil dalam final ketiga berkata, dia sendiri akan berusaha menyumbat gol sekali lagi pada penampilan Sabtu ini, selepas melakukannya ketika membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun piala itu dengan menundukkan Kelantan 3-1 pada final 2009.

Shahurain juga merobek gawang Kelantan pada final tahun lalu tetapi gagal membantu skuad Hoben yang tunduk 2-1, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan.
“Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol kerana yang penting ialah Negeri Sembilan menang. Jika ditakdirkan dapat menyumbat gol sekali lagi, ia adalah satu bonus,” katanya yang bersemangat selepas dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang India, bulan depan.
Lagi berita-berita menarik mengenai bahang final Piala Malaysia 2011, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
 
ape lak komen peminat :




Senarai komen
l_fabianol
HARAP PIHAK BERKUASA M,LARANG P,NONTON BAWA BEG BAGI M,GELAK MERCUN DIBAWA MASUK DALAM STIDIUM
 
mohamad shafiq rohaizad b buyong
Hobin jang Hobin....
MOHAMMAD FARID B. ABU SAMAH
N9 pasti menang piala tetap milik N9.
 
esma
Kalau MBNS bagi cuti , garenti NS boleh monang, kalau tak bagi cuti jangan mimpi lah NS nak monang..Kalau tiket mahal tengok saja kat TV.
 
beruang_hijau
kalah menang tunggu je time lwn, bola sepak main pakai kaki bukan mulut...yg penting turunkan harga tiket dulu!!
Pemain n9 harus ada displin semasa di padang dan bukan seperti perangai budak2 mcm yg dia org buat semasa menentang TTeam sabtu lepas....taktik yg dilihat sgt bodoh yg diketuai oleh kapten mereka sendiri (aksi di sudut semasa minit2 akhir perlawanan......
manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan
 
alif
harga tiket tak masuk akal...
 
che awang
harga tiket melampau..fam lah pembunuh sebanar bola sepak negara.
 
idress
bukan nk tunjuk pandai,cara ns dan tergganu main,kalau di rumuskan.....NS 2-1 TERGNU...pada final nanti.......
 
zulkifli
Saya yakin kedua dua pasukan akan bermain dgn semangat kesukanan yg tinggi,hanya yg terbaik shj lyk ke final,tahniah kepada pasukan Terengganu dan N.Senbilan.
 
PEPATUNG
ko ingat ko main ngan budak sekolah ke shahurain. Jangan nak cakap besar, ko baru setahun jagung dalam bolasepak. Jangan nak komen lebih2.
 
ben
kerajaan dah bg byk peruntukan kat FAM, takkan FAM nak perah duit peminat bola lagi...
 
surianita abdul samek
kedua2 pasukan berilah persembahan terbaik demi bola sepak negara. N9 dan Terengganu sama hebat tp N9 tetap menjadi pilihan....
 
roy
FAM lintah darat .... kenapa tak nak letak RM100 terus sbb FAM rasa bolasepak negara dah setaraf dunia...??
tiap2 tahun naik harga... fikirkan padang rosak (tanggungjwb sape sebenarnya?), fikirkan org panjat masuk granstand (jawapan paling bodoh), kata FAM, persatuan negeri dah setuju harga RM 50 (FAM dah siapkan harga tiket lg awal sblm meeting?)... ingat semua sanggup byr harga yg melampau ni. 
 
CEKIK DARAH !!!
kami penyokong kedua2 pasukan final bersetuju BOIKOT tiket final RM 50... sape FAM tanpe sokongn penyokong !!!!
 
bola oh! bola
alaaa,tiket tu kira termurah lg la woii banding dgn korg sanggup bayar langgan astrok tgk EPL,La liga dgn lain2... skali stahun je pun... bayar je la jgn dok ngeluh .. N9 pasti menang! hoben jang hoben
 
Tok Gajah
Kami Warga Pantai Timur Tetap Yakin Ganu Pasti Nelang! Piala Malaysia milik Pantai Timur..Gome Kelate Gomo,Amuk Tok Gajah Amuk,Peteh Ganu Peteh!
 
Anuar Zain
Wahai FAM! sahutlah Seruan Kerajaan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... Bayangkanlah saya sekeluarga 8 orang RM400.... Kesian anak2 saya yang terlalu bersemangat menyokong NS.. Parah Ese macam ni...
 
rizal
kecik buktikan,dapek kan gol nnti yo..den tgk dari umah jo,tiket maha..Hoben Jang Hoben..!
 
moh sukri
pemain ns syukur adam tak layak jadi kapten.
 
mie
harap FAM membuat persediaan awal dalam menetukan venue perlawanan akhir...keadaan padang stadium shah alam amat mendukacitakan..FAM perlu merancang dari awal...
 
Penyu gagoh
X releven lgsg alasan harga tiket ngan nok bantu untuk pemulihan stadium shah alam.Apa FAS xde ikhtiar lain ker?Kesian cikit kat penyokong Ganu and NS9
Harap kerjasama dari kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang terbaik. Jangan dilabel sebagai jaguh kampung
peminat bolasepak malaysia dah lama dahagakan perlawanan bolasepak di negara ini yg bermutu tinggi. Jadi FAM janganlah nak ambil kesempatan untuk mengaut pitis di atas semangat dan kesetiaan peminat. Semuanya rakyat malaysia...banyak lagi yang perlu mereka belanjakan...Timbang rasalah FAM jgn asyik nak pikirkan pitis jer..nanti peminat mula mengkritk FAM plak kang..
Noramizas NS
tunggu bn akan tumbang pada pilihan raya kali sama=sama kita tungguuuuuuuuuuuuu
 
zazrie
spatutnya FAM ambil kira tidak semua penyokong berkemampuan untuk meyaksikan perlawanan final bila harga tiket terlalu mahal
 
asicsbest
Naluri sy kuat mengatakan NS akn menang game final ini krn Azrai Khor mempunyai pengalaman pentas final dgn kejayaan bersama Kedah cuma NS perlu bermain dgn lebih disiplin terutama Shahurain perlu menggunakan lebih fikiran yg matang krn kdg2 melihat aksinya lbh mementingkan diri membuat percubaaan yg kdg2 lbh sesuai dihantar kpd rakan yg lbh luas peluang utk menjaringkan gol dan kpd Shukur Adan pesanan buanglah perangai ketika bermain dgn Selangor krn ego pasukan Selangor tidak memberi kebaikan kpd team dan bola sepak negara, lihat tahun ini kenapa Selangor gagal? Pasti pegawai2 FAS tahu jawapannya, analisis game pasukan anda dan lihat aksi pemain anda yg melahirkan rasa meluat pada penyokong2 pasukan lain, bila tewas ganggu pengadil dan bermain kasar, Apa yg menyebabkan FAM melayan pasukan spt Selangor ini mcm anak emas? Peengadil jgn takut utk bertegas krn anda perlu telus sbb kerja buat anda Allah melihatnya
 
x GENTAR......
kita penyokong bolasepak ada kuasa dan kalau kita semua bergabung.Kuasa ini leh tmbangkan kuasa wang..antaranya

1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong N9 & Trg jangan beli tiket.
2. Jgn beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini.
4. Tunjukkan sokongan anda dan r...asa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
5. Tunjukkan yang penyokong Trg dan N9 tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM..
 
miekengg
sombong nye statment shahurain niii.... main dulu lah jgn xsyen ngat...
 
masri
Inikah balasan FAM kepada penyokong bolasepak malaysia tak masuk akal tolong pertimbangkan balik harga tiket final...
 
syafiq
kenapa tiket utk perlawanan akhir terlalu tinggi dan tidak munasabah... padang shah alam pun tidak sesuai utk perlawanan akhir juga...adakah FAM tengok peminat sudah mula datang ke stadium dan melihat ini sebagai cara mencari untung lebih.... tolong pertimbangkan kembali harga tiket... kami kene keluar belanja perjalanan lagi.. kalau dari kuala berang dgn 8org belanja dan nk dekat RM700... tgk motogp lagi berbalaoi...
azahar adhan
 
Final Piala Malaysia-Negeri Sembilan vs Terengganu....kedua2 pasukan tunjukkan aksi permainan berkelas & berkualiti tinggi. Pasukan yang rasa dah nak menang sangat, janganlah cuba lambat-lambatkan permainan seperti yang dilakukan oleh shukur dan gang(N.Sembilan vs T-Team). peminat menyampak dan tak ada sikap profesional langsung. jangan buat macam tu lagi. ok
 
tiri
Dengar harga tiket RM50,ramai pemuda kampung batal niat ke Shah Alam, sebab tiket mahal dan sekarang musim hujan... FAM timbangrasa laha..
 
Fairuz Mokti
Hobin Jang Hobin. Yakin yang Negeri Sembilan akan memang kali ini!
 
amir
berharap sgt FAM turunkan harga tiket.... dari RM50 ke RM20.... maklumlah nak raya nie
 
tiri
FAM jangan ambil kesempatan, tengok penonton dah ramai harga tiket pula dinaikan..sekarang musim hujan orang kampung x dapat motong.. dah tentu penonton kurang.
 
ramon
terbang kalau tinggi jangan lupa dengan daratan...........selam kalau jauh kedalam jangan lupa luga dengan daratan..........tapi kalau menang piala malaysia...........jangan lupa dengan..........peminatttt...hobin jang hobin
 
matcerul
mat said bila lagi nak umum cutti...cuti untuk kelesaan peminat pergi dan balik...contohi kelantan
 
mohamad.abuaazfar
perang psikologi sudah bermula...namun...untuk negeri kelahiranku...TERENGGANU..kemampuanmu sudah terbukti!
Azlan Musa
Minyak kete= RM 150,Tiket= rm50,Makan minum = rm50, lain-lain= rm50, Total=rm300....mahal boh!
 
Induk
NS semoga berjaya mendakap Piala Malaysia 2011......bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi...
 
hairol batista
Pasukan Negeri Sembilan pasti akan menang,perjuangan merebut Piala Malaysia adalah untuk Peminat Hobin Hobin Jang Hobin ....Kami tetap akan menyokong Negeri Sembilan..Selamat Berjuang!
 
penyokong tegar
berharap sgt FAM turunkan harga tiket....
 
hassan
sya sokong
 
joe
saya sebagai penyokong terengganu x puas hati dengan harga tiket oleh FAM...x bertimbang rasa sudahlah perjalanan saja sd makan belanja tinggi.
 
masrisilim
Final Piala Malaysia-Negeri Sembilan vs Terengganu....kedua2 pasukan tunjukkan aksi permainan berkelas & berkualiti tinggi...peminat TAK NAK tonton aksi 'yoyo'& 'gaduh2'...
cikit pon aku x goyang lah dgn ko shahurain...bajet ko lawan patung...
 
AMBALAGA 
kedua2 team adalah pasukan terbaik musim ini dalam PM 2011 selain kelantan..rusa ada kecik yang sgt berbisa di luar kotak pelnalti dan sibotak dengan tandukan tepat manakala sang penyu pula memiliki rangkaian penyerang dan arkitek terbaik ..cuma itulah..tiket..mengecewakan.

Comments

Popular Posts