Salam…
Entah apa semangatnya Ustaz Love sibuk2 nak bercerita pasal korban ni… Ni sume rasanya berpunca daripada Kak Jem yang memberikan semangat nak bercerita pasal korban ni… Jangan maraah aa Kak Jem.. hehe
Kali ni Ustaz Love nak bercerita sikit berkenaan satu lagi haiwan korban selain lembu dan kambing… iaitu unta..
Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amal an anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum ja...tuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
1. Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah S.W.T. yang dilakukan oleh hambanya semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya.
2. Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya.
3. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ketempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi keampunan bagi dosa yang telah lalu.
4. Islam menggalakkan umatnya agar berkorban dengan binatang yang disayangi dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.
A cow lies on the ground, slaughtered for the celebrations of the first day of the Islamic holiday of Eid al-Adha in the Rhodope Mountains village of Ribnovo, Bulgaria, some 210 km south of Sofia. (NIKOLAY DOYCHINOV/AFP/Getty Images)
Comments
Post a Comment