myMetro | Tekad Hairuddin
myMetro | Tekad Hairuddin
Hai -O akan musnahkan impian T-team

“PERJUANGAN masih belum selesai dan saya akan bekerja lebih keras untuk membantu pasukan mara ke pentas final sekali lagi,” kata penyerang berpengalaman Negeri Sembilan, Hairuddin Omar.
Skuad Rusa bakal membuat perhitungan dengan T-Team pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu, malam esok sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu depan.
Hairuddin yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan Jumaat lalu, bertekad meneruskan aksi cemerlangnya untuk memastikan Negeri Sembilan mendapat kelebihan sekali pun menyedari tugas itu bukan mudah.
Menurutnya, kerjasama rakan sepasukan amat diharapkan untuk terus memberikan komitmen 100 peratus dalam meneruskan perjuangan pasukan layak ke pentas final, 29 Oktober nanti.
“Tugas ini bukan mudah kecuali sikap positif ditunjukkan setiap pemain. Kami akan jadikan semangat dan kecekalan yang ada ini sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan pasukan apabila bertemu T-Team,” katanya semalam.
Pemain berusia 32 tahun itu yang menjaringkan lima gol dalam kempen Piala Malaysia musim ini, mengakui cabaran skuad Hobin Jang Hobin berdepan skuad bimbingan Yunus Alif itu, bukan mudah jika berpandukan kepada barisan pemain yang dimiliki skuad itu.
Menurutnya, pasukan kelab itu memiliki beberapa pemain berpengalaman antaranya Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mahmud, Zairo Anuar Zailani dan Fitri Omar, yang sudah membuktikan sentuhan berbisa mereka sepanjang kempen musim ini.
“Saya akui T-Team bukan calang pasukan apa pun kami sudah berazam untuk meneruskan persembahan terbaik ini dan akan memastikan setiap peluang tidak disia-siakan,” kata Hairuddin.

Comments
Post a Comment