RED WARRIORS TETAP TERBAEEK!!!!!

2 Ganu Nelang!
 

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Khairul Anuar Samad
bhsukan@bharian.com.my

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
Selangor, T-Team, NS turut cipta nama layak ke saingan separuh akhir

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.
Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.


Ini pula senarai komen 2 penyokong ganu dan TRW

CT LALA
peteh ganu peteh buleh pergi
 
HALIM
Syabas skuad bola sepak teganu kerana tak gentar bermain di satdim kota baru.permaina penuh disiplin dan tenang walaupun berdepan puluhan ribu penyokong TRW.semoga perjuangan diteruskan sehingga ke peringkat akhir.
 
deen
pafa patut dikenakan tindakan kerana tidak dapat mendisplinkan penyokong mereka.Ini bukan kali pertama perangai buruk mereka.Mambakar kerusi,merosakan kereta membaling objek dan juga bom asap.
 
pemerhati bola sepak
paling baik.... terengganu... alhamdulillah lah sebab team terengganu boleh g semi final... akibat sikap pemain kelantan yg x professional kerana tak dpt mengwal emosi, lagi2 si player kebangsaan yg dilakukan oleh penyerang kebangsaan yang menunjukkan sikap mcm samseng di atas padang dengan menmengang leher pemain terengganu... nampak jelas dikaca tv smlm..
 
joe mund
SabahHawk jangan putus asa,walaupun tidak berjaya ke semi final..cuba lagi musim depan..SABAH DI HATIKU..
 
syed bahari syed mustafa
syabas gannung...go on..biar adik beradik berada di final...rakyat terengganu diperantauan tetap bersama kalian...gannung nelang.....
 
izat shah
terengganu lawan selangor saya rasa selangor menang, negeru sembilan lawan t-team mungkin negeri sembilan menang
 
mohdisalam
harap ganu ngan ns dpt jumpa di final
 
wajatimur
ashaari bukak mata rajagopal....

Amran Jepun
tahniah semua
 
zulhelmie amy
tahniah penyu kerana layak ke separuh akhir
 
Busths
Sekurang-kurangnya pantai timur diwakili oleh dua pasukan yang hebat.........dan bermutu
 
shamsul
penyu bukannya sebarang penyu,
nelang bukannya sebarang nelang,
piala Fa dah milik penyu,
piala malaysia akan dijulang
 
wan hazrul haelmi
takpo kelantan cubo lagi pada tahun kemudian
sek ganu wak molek lawan2
 
teckzidd
tahniah untuk dua pasukan dari Terengganu yang layak keseparuh akhir...siapa tau final nanti akan menemukan dua pasukan dari Terengganu.sejarah akan tercipta.
asri
misi adik dan abang bertemu di final semakin hampir.. teruskan berjuang.. semoga terlaksana.. PETEH GANU PETEH.. PETEH BIAR REBOH..
 
abg man
peteh ganu peteh
 
ambalaga
tahniah ganu mung meme nellang tapi tahniah jugok set kelatang, pemain, pengurusan dan penyokong, walaupun ada sedikit insiden  semalam itu adalah lumrah dalam game yang  sgt tggi mutunya dan kompetetif. Awok2 red giant dok diang mung tggu gilirang mu pahni

Kelantan tewas kepada pasukan lebih baik: Annuar Musa

KOTA BHARU: Kekalahan Kelantan di tangan Terengganu pada peringkat suku akhir malam tadi tetap dianggap satu perlawanan yang terbaik buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa namun akur akan kehebatan pasukan "Peteh Ganu Peteh" itu.


Katanya, Terengganu sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga mereka selain menghukum kelalaian barisan pertahanan Kelantan yang agak leka mengekang asakan pelawat itu.
"Mereka layak menang kerana bermain bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sangat bertenaga. Kelantan tewas di tangan pasukan yang lebih baik daripada kita (Kelantan).
"Penyerang dan barisan pertahanan Terengganu bermain dengan cemerlang dan menghukum kelalaian pemain Kelantan terutama di barisan pertahanan," katanya selepas perlawanan suku akhir kedua antara kedua pasukan itu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Kelantan dan Terengganu mencatatkan keputusan seri 2-2 tetapi pasukan pelawat itu berjaya melangkah ke separuh akhir apabila mencatatkan keputusan secara agregat 5-3.

Ketika perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, 10 Oktober lalu, Terengganu menang 3-1 dan ketika bertandang di sini, pasukan itu mempunyai kelebihan dua gol.

Annuar berkata, tidak apa yang perlu diperkatakan lagi selain hanya mahu menumpu kepada persiapan Kelantan untuk musim depan.
"Kepada Terengganu kita ucapkan selamat maju jaya untuk tempoh yang akan datang manakala kita (Kelantan) akan mula mengatur persiapan untuk musim akan datang," katanya.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mohd Irfan Bakti memuji kesungguhan pemainnya kerana berjaya mengekang kemaraan Kelantan untuk menang pada perlawanan itu.

Beliau berkata, pasukannya tidak kisah menentang siapa saja pada peringkat separuh akhir nanti termasuk Selangor.

Katanya, Selangor sememangnya pasukan pilihan namun tidak mustahil buat Terengganu menewaskan pasukan itu seperti mana berjaya menumpaskan Kelantan yang juga juara bertahan. - BERNAMA

Comments