sajak realiti kehidupan
Aku Dalam Ruang Nasib
Maafkanlah
Jika nanti surat-surat biruku
Tidak lagi menyapamu
Lantaran ilham kehabisan delima
Atau jika nanti
Aku tidak bertamu ke daerahmu
Lantaran sepatu qudrat
Makin hilang gemercik peluhnya
Kerana haruman kemboja
Kian menerjah ruang kejemuan
Yang kini lemas rimas
Dan berhujan panas
Menantikan pelangi
Yang belum membebaskan warna
Sedangkan aku harus pergi
Melaksanakan hukum alam
Bahawa aku hanyalah
Hamba yang menyerahkan nasib
Ke hadrat perlindungan-Nya
Awang Niskala,
Tebobon,Sabah.
Comments
Post a Comment