Sajak romantis... terhangat



Memori Yang Kecundang


Masih ku ingat lagi
Bagaimana engkau bersyarah
Tentang tuntutan hidup moden
Tauladan yang mencekik leherku
Menjadi penawar sendumu
Anak-anak konkrit itulah saksi
Menjadi makanan tong sampah
Dan aku sebagai pengangkutnya

Masih ku bayangkan
Akan rerama menyerikan taman
Ia hinggap sekejap di telingamu
Dan aku cuba menghalaunya
Namun kau pula menghalang
Dengan jeritan manja lagi ceria
Kini rerama itu lebih ku puja
Kerana ia setia pada tamannya
Sedang engkau begitu menakutkan
Meroboh arca cinta nyanyian kita
Dengan kemelut hipokrasimu
Makin meramas pedih luka ini

Walaupun harapan semalam
Dengan bersungguh aku padamkan
Sebelum ia membunuh terus
Keinginan untuk menyunting cinta
Dan menjerut keyakinan
Tentang laman luhur kesetiaan
Lalu ingin ku buktikan padamu
Bahawa kebenaran lebih berharga
Dari penyelewengan kesetiaan
Yang diasaskan dari lumpur ego
Dan jua ketamakanmu itu
Akan menjadi pengajaran paling perit
Menyerang seluruh hidupmu nanti

Awang Niskala,
KKIA Sabah.

Comments

Popular Posts