SEKITAR BELANJAWAN 2012
Elaun baru Ahli Parlimen Januari 2012: PM
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen akan diberi elaun baru bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak, kata Datuk Seri Najib Razak. Tambahan bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam
KUALA LUMPUR: Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.
Bantuan persekolahan RM100 sekolah rendah, menengah
KUALA LUMPUR: Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan, kata Datuk Seri Najib Razak. Umur persaraan wajib dilanjut kepada 60 tahun
KUALA LUMPUR: Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka.50 klinik 1Malaysia bakal dibina: PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada disamping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib RazaHad maksimum Skim Rumah Pertamaku, RM400,000: PM
KUALA LUMPUR: Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kepada RM400,000 daripada RM220,000, kata Datuk Seri Najib Razak.
Subsidi, insentif kerajaan RM33.2 bilion akan diteruskan: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, segala subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion akan diteruskan demi semangat “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".Bekas anggota, balu zaman darurat terima RM3,000: PM
KUALA LUMPUR: Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu, kata Datuk Seri Najib Razak. Kenaikan tahunan gaji penjawat awam RM80-RM320
KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Pesara kerajaan nikmati kenaikan pencen 2 peratus setahun: PM
KUALA LUMPUR: Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun, kata Datuk Seri Najib Razak. RM5 bilion tingkat infrastruktur asas luar bandar: Najib
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 bilion untuk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8 bilion untuk Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa. KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan.
Peneroka FELDA akan terima 'durian runtuh': Najib
Perdana Menteri yang membentangkan Belanjawan 2012, berkata FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global.
Najib umum peruntukan RM420 juta bangun Langkawi
KUALA LUMPUR: Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta bagi memesatkan lagi industri pelancongan negara.Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012, sebentar tadi.
Duti import, eksais kereta hibrid, elektrik dilanjut sehingga 2012
KUALA LUMPUR: Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012, sebentar tadi.
CUEPACS harap tuntutan diluluskan dalam Belanjawan 2012
KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat ini."Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.
"Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Tuntutan berkenaan adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya. - BERNAMA
Comments
Post a Comment