TERKINI GEMPA BUMI DI TURKI: BAYI SELAMAT SETELAH 2 HARI DALAM RUNTUHAN


Bayi selamat dikeluarkan dari celah runtuhan

ERCIS, Turki: Bayi perempuan berusia dua minggu berjaya dikeluarkan dari celah runtuhan sebuah bangunan apartmen, 72 jam selepas gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda timur Turki.

Imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah runtuhan.
Bayi bernama Azra Karaduman itu dibawa keluar oleh seorang anggota penyelamat dalam keadaan bogel dan kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota paramedik.
Ketika ditemui anggota penyelamat, bayi itu berada dalam dakapan ibunya.

Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya katakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.







INI PULA PERKEMBANGAN SEPENUHNYA

138 Terbunuh Gempa Bumi di Turki

24 Oct 2011 8:01AM

ISTANBUL, 23 Okt 2011 - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata 138 orang terbunuh manakal 350 lagi mengalami kecederaan dalam satu kejadian gempa bumi paling kuat berlaku sepanjang 10 tahun lalu di negara itu.
Tambah beliau, 93 nyawa terkorban di bandar Van dan 45 lagi terbunuh di bandar Ercis, berkemungkinan angka kematian bakal meningkat.
Pasukan penyelamat masih lagi bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang tertimbus dibawah runtuhan bangunan, kata Erdogan kepada wartawan. Rakyat kini menggunakan lampu picit dan cangkul bagi membantu pasukan penyelamat mengeluarkan magsa yang tertimbus.

  Jabatan Geologikal Amerika Syarikat melaporkan kekauatan gempa bumi yang melanda Turki mencapai angka 7.3 skala richter namun menukar angka tersebut kepada 7.2 setelah angka sebenar dicapai.
Sekurang-kurangnya terdapat 20 gegaran berlaku di negara tersebut dan paling buruk melanda Turki. Sebelum ini, gempa bumi yang pernah melanda Turki hanya mencapai magnitud setinggi 6.0 skala richter.
Erdogan berkata 55 bangunan musnah di Ercis manakala Palang Merah Turki melaporkan hampir 25 apartmen runtuh termasuk sebuah kolej dibandar tersebut.


Sebuah hospital musnah dan dilaporkan dua doktor bertugas mengalami kecederaan parah sewaktu dikeluarkan dari timbunan batu bata yang runtuh.
Pasukan keselamatan Turki dikerahkan ke Ercis sambil penduduk setempat terus memberi bantuan kepada pasukan penyelamat sedia ada. Kerata ambulan dikatakan mengalami kesukaran untuk bergerak akibat jalanraya yang retak dan timbunan bangunan yang runtuh.

Comments

Popular Posts