10 Cara Menjadi Pintar


Belajar mendadak menjelang ujian memang tidak efektif. Paling kuran pun sebulan sebelum peperiksaan adalah masa ideal bagi mengulang-kaji pelajaran. Kuliah yang banyak bukan masalah. Ada sepuluh cara pintar supaya waktu belajar kita menjadi efektif.


1. Belajar itu memahami bukan sekadar menghafal
Ya, fungsi utama kenapa kita harus belajar adalah memahami hal-hal baru. Kita boleh hafal 100% semua detail pelajaran, tapi yang lebih penting adalah apakah kita sudah faham betul dengan semua pelajaran yang dihafal itu. Jadi sebelum menghafal, selalu usahakan untuk memahami dulu garis besar isi pelajaran.


2. Membaca adalah kunci belajar
Supaya kita mudah faham, minima bacalah isi pelajaran baru dua kali dalam sehari, yakni sebelum dan sesudah  diterangkan oleh guru. Kerana otak sudah mengolah isi pelajaran tersebut sebanyak tiga kali jadi boleh dijamin bakal tersimpan cukup lama di otak kita.


3. Mencatat pokok-pokok pelajaran
Tinggalkan catatan pelajaran yang panjang. Ambil intisari atau kesimpulan dari setiap pelajaran yang sudah dibaca ulang. Kata-kata kunci inilah yang nanti berguna waktu kita mengulang pelajaran untuk ujian.


4. Hafalkan kata-kata kunci
Kadangkala, mahu tidak mahu kita harus menghafal isi pelajaran yang agak banyak. Sebenarnya ini boleh dielakkan. Buatlah kata-kata kunci dari setiap hafalan, supaya mudah diingat pada saat otak kita memanggilnya. Misalnya, kata kunci untuk nama-nama warna pelangi adalah MEJIKUHIBINIU, ertinya merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu.


5. Pilih waktu belajar yang tepat
Waktu belajar yang paling sesuai adalah pada saat badan kita masih segar. Memang tidak semua orang punya waktu belajar ideal  yang sama . Tapi biasanya, pagi hari adalah waktu yang tepat untuk berkonsentrasi penuh. Gunakan saat ini untuk mengolah perkara-perkara baru. Sisa-sisa energi bolehlah digunakan untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah.


6. Sediakan suasana belajar yang nyaman
Banyak hal yang boleh buat suasana belajar menjadi lebih bermotivasi. Kita boleh pilih lagu yang sesuai dengan mood kita. Tempat belajar juga perlu kita sesuaikan. Kalau  bosan di bilik carilah tempat lain yang lebih harmonis.. Kuncinya jangan sampai aktiviti belajar kita mengganggu dan terganggu oleh pihak lain.


7. Bentuk Kelompok Belajar
Kalau  bosan belajar sendiri, bentuk kumpulan belajar.. Tak usah banyak-banyak kaerana tidak  efektif, maksimum lima orang. Buat pembahagian tajuk untuk dipelajari masing-masing . Kemudian setiap orang secara bergilir menerangkan tajuk yang dikuasainya itu kepada anggota lainnya. Suasana belajar seperti ini biasanya kondusif dan kita dijamin  susah untuk mengantuk.


8. Latih sendiri kemampuan kita
Sebenarnya kita mampu melatih sendiri kemampuan otak kita. Pada setiap akhir bab pelajaran, biasanya selalu diberikan soal-soal latihan. Tanpa perlu menunggu instruksi dari guru, cuba jawab semua pertanyaan tersebut dan periksa sejauh mana kemampuan kita. Kalau jawapan tidak ada di buku, cubalah tanya dengan guru.


9. Kembangkan tajuk yang sudah dipelajari
Kalau kita sudah mengulangkaji tajuk dan menjawab semua soalan latihan, jangan terus tutup buku. Cubalah kita berfikir kritis ala ilmuwan. Buatlah beberapa pertanyaan yang belum disertakan dalam soal latihan. Minta tolong guru untuk menjawabnya. Kalau belum puas hati, cari jawapannya pada buku rujukan lain atau internet. Cara ini mengajak kita untuk selalu berfikir ke depan dan kritis.


10. Sediakan waktu untuk istirehat
Belajar kena tekun, tapi jangan lupa untuk istirehat. Kalau di kelas, setiap tempoh pelajaran boleh melemaskan badan dan fikiran. Setiap 30-45 minit waktu belajar kita di rumah selalu diselagi dengan rehat. Kalau fikiran sudah buntu, sia-sia saja memaksakan diri. Setelah istirehat, badan menjadi segar dan otak pun siap sedia menerima perkara baru.


Satu lagi, tujuan dari ulangan dan ujian adalah mengukur sejauh mana kemampuan kita untuk memahami isi pelajaran di sekolah. Selain menjawab soalan-soalan latihan, ada cara lain untuk menguji apakah kita sudah faham suatu topik atau belum. Cuba kita jelaskan dengan kata-kata sendiri setiap topik yang sudah dipelajari. Kalau kita boleh menerangkan dengan jelas dan teratur, tak perlu detail, bererti kita sudah faham.

JADI KEPADA PARA PELAJAR CUBA AMALKAN LANGKAH DI ATAS, MUDAH MUDAHAN ANDA AKAN MENCIPTA KEJUTAN DENGAN RESULT CEMERLANG.
KEPADA SEMUA CALON SPM DAN STPM...GOOD LUCK...BANGGAKAN IBU BAPA KITA...OK...YAKIN BOLEH. INSYA'ALLAH.

Comments

Popular Posts