Berita Harian Online | Gadis putus cinta mati terjun flet

Cuba korang tengok foto di atas. Fenomena tu berlaku kat luar negara.. betapa tulus dan murni hubungan pasangan ini..bertahan kekal hingga akhir hayat..tengok tu..sayang sangat sampai kat mesin atm pon terbukti.. tapi di Malaysia inilah jadinya pada anak-anak kita


KUALA LUMPUR:

Gara-gara hubungan cintanya tidak direstui keluarga, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat nekad terjun dari tingkat sembilan sebelum ditemui mati di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kepong, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, V Thevagi dikatakan menghempap sebuah motosikal sebelum terjatuh di atas jalan dan mayatnya ditemui terlentang dan berlumuran darah.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang tinggal di PPR Beringin, berkunjung ke rumah saudaranya di PPR Taman Wahyu di tingkat lapan, sebelum menemui teman lelakinya di sebuah rumah kosong di blok yang sama.
Bagaimanapun, tindakan mangsa dikesan ibu saudaranya sebelum diugut akan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya yang dianggap memalukan keluarga.
Mangsa yang merayu supaya tidak menceritakan hubungannya itu, namun tidak dipedulikan ibu saudaranya sebelum dia nekad berlari ke tingkat sembilan lalu terjun dari aras terbabit.


Di Negeri Sembilan
Ini satu lagi Kes bunuh diri kerana cinta..korang layan je
Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.

Di Johor pulak
Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.
Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.
“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.
“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.
Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.
Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.
Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.
tak tau la nak cakap ape..budak2 zaman sekarang ni..rasanya ibu bapa dah bagi didikan agama yang cukup tapi nape buat camtu..Astaghfirullah..tak cium syurga tau.. untuk para ibu bapa yang risau pasal hal ni..percaya tak kalu saya kata ada penawar ayat2 suci Al-Quran yang Insya'Allah mampu menyelamatkan anak2 kita dari bencana sosial ni...ada tapi kena jadi followers atau emelkan di pendaduk@yahoo.com

Comments