TERKINI !! MENU NASI AYAM HOME MADE...SUCI..HALAL LAZAT
INILAH DIE NASI AYAM NYE>>TAKLAH LAWO SANGAT TAPI INSYA'ALLAH BERBALOI
Nasi Ayam Home made..suci 100% buatan tangan dan kuali dijangka sedaapp!
Semalam kami buat nasi kerabu untuk di hantar ke cikgu-cikgu sekolah suami.. tak banyak 50 bungkus je...tapi alhamdulillah...letak sekejap dalam masa 20 minit dah habis kena sapu bersih..
memang cikgu-cikgu petang ni kelaparan..eh..kebuluran...tpi lau camnepon itu semua kurniaan Ilahi. Tabik springla kat cikgu-cikgu Tebobon ni memang sporting..tak banyak songeh..apa kami bawak dia orang sapu je.. Pernah jugak tak abis la ..adat la orang meniaga ni kan.
gambar kenangan sewaktu jamuan akhir tahun sk Tobobon ,KK 2009
K lah berbalik kepada tajuk utama hari ini iaitu Nasi Ayam Home Made sebenarnya kami buat untuk tempahan sempena Jamuan Akhir Tahun di SK Rampayan tadi pagi..emmm yang selebihnya cam biasa la buat penyokong-penyokong kuat kami kat SK Tobobon.
aksesori nasi ayam buatan tangan kami..hih..hih
Resepi Nasi ayam ni cam biasa la menggunakan 100% stok ayam sahaja..takde daging atau lain-lain bahan..bukan ape..tadi ada pelanggan berbangsa India was-was nak makan nasi ayam kami coz dia takut ada unsur daging..pasal sup tu la..
Cuba tengok sup tu..ada unsur daging ke?
Tapi Walau camne pon sebelom kita nak pasarkan produk kita ...pastikan kita uji dahulu kualiti produk tu..jadi bab nasi ayam home made cam biasa juga suami adalah tukang kritik merangkap tukang rasa yang akan menentukan samada ia layak dipasarkan atau tidak. dan hasilnya.......
Tada...!!!
Licin..boleh sudah diangkat untuk tempahan
Cuma satu kami terkilan..kalau la ada sapa2 yang boleh bagi petua agar nasinya jadi lembut dan enak gitu..emelkan kat kami : pendaduk@yahoo.com. Resepi kami ubahsuai di www.myresepi.com
Akhir kalam selamat..Hari Raya Aidil Adha berkorbanlah sebelum kita terkorban. Allahuakbar!
pendaduk
Comments
Post a Comment