GEMPAR!!! ANTARA KISAH SELAK KAIN SHAHRIZAT DENGAN KISAH ZAMAN RASULULLAH S.A.W



CERITA SELAK KAIN...

Dipetik dari : CELOTEH LanH di lanh14@gmail.com / Harakahdaily.net

Minggu lalu ada beberapa cerita selak kain yang penulis dengar.Pertama kes kes ketua wanita umno yang menjawab ‘isu lembu’ ketika perhimpunan agung umno. Penulis melihat memek muka beriya-iya shahrizat melalui siaran langsung tv3 selinsing lengan dan ugut untuk selak kain, tapi taklah dia selak kain, tapi mendapat tepukan gemuruh para perwakilan wanita umno yang kebanyakannya bertudung.
Dia ugut untuk selak kain lain kali, namun sepanjang perhimpunan yang mendapat liputan besar-besaran semua siaran tv tanahair (sehingga seorang anak kecil penulis pun naik boring) tak juga dia selak kain, jadi tiadalah peluang orang tengok shahrizat selak kain..mungkin pilihanraya umum nanti kot..itupun kalau....Melalui siaran tv3 juga pada suatu pagi saya mendengar seorang pakar motivasi menceritakan kisah seorang wanita zaman  Rasulullah s.a.w  menyelak kain tapi katanya wanita ini akan masuk syurga terlebih dahulu daripada sayyidatina Fatimah binti Rasulullah. Ya!! Fatimah Az-zahra diumpakan akan menunggang unta manakala wanita tadi memegang tali unta jadi dialah yang akan masuk syurga dahulu. Pakar motivasi ini tidak menamakan wanita itu, tapi pada pembacaan penulis, agaknya wanita itu ialah Atiqa, orang yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai berakhlak mulia sehingga memmbuatkan Fatimah ingin mengenalinya.
Kali pertama mengunjungi Atiqa Fatimah tidak dibenarkan memasuki rumahnya Fatimah tidak dibenarkan masuk malah disuruh pulang dahulu dan datang esoknya setelah ia mendapat keizinan suaminya.Seterusnya Fatimah datang semula ke rumah itu tapi kali ini dengan membawa anaknya (Hussein atau Hassan) tapi tidak dibenarkan masuk kerana keizinan diperolehi hanyak untuk Fatimah seorang dan bukan anaknya. Kali ketiga barulah Fatimah dibenarkan masuk.
Fatimah mendapati wanita itu menyediakan air minuman dan rotan sambil menunggu kepulangan suaminya dan apabila sisuami balik Fatimah mendapati dia menyambunya dengan begitu lemah lembut, memberi minum sehingga puas kemudian menyelak kainnya untuk tatapan suaminya bertanya samada suaminya inginkan dirinya.Manakala rotan itu pula adalah untuk suaminya merotan ia jika layanan yang diberikan tidak memuaskan. Demikianlah Atiqa yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w menyelak kain untuk suaminya sahaja bukan macam makcik ni ugut untuk melakukannya buat tatapan umum melalui siaran langsung tv.

Comments

Popular Posts