GEMPAR!! MAHASISWA ALBANIA DI TURKI DIHALAU DARI KULIAH KERANA BERTUDUNG
Seorang mahasiswa Albania di Institut Teknologi Izmir (İYTE) Turki tidak diizinkan untuk menghadiri salah satu perkuliahan kerana jilbab yang dikenakannya, satu kejadian berkaitan kes larangan jilbab, di mana Dewan Pendidikan Tinggi (Yok) telah menarik balik larangan bertudung di tahun 2010, namun masih sewenang-wenangnya dikuatkuasa di beberapa universiti.
Ornela Bego, seorang mahasiswa dari Albania yang datang ke Turki untuk belajar fizik di İYTE tersebut, tidak diizinkan untuk menghadiri kuliah kimia selama lebih dari satu bulan kerana dia mengenakan jilbab.
Bego mengatakan dia belum menemukan penyelesaian untuk masalah yang ia alami, yang katanya menyebabkan dia gagal dalam subjek tersebut meskipun ia telah berbincang dengan rektor İYTE Rektor Mustafa Güden tentang masalah ini.
Pensyarah kimianya mengatakan, "Anda tidak boleh masuk ke kelas saya dengan mengenakan jilbab bahkan jika larangan jilbab di universiti-universiti telah dihapus."
Bego sendiri mengatakan ia tidak mengerti mengapa larangan tersebut masih dilaksanakan di Turki, yang penduduknya majoriti Muslim sedangkan di universiti negara-negara Eropah lain hal itu sudah tidak menjadi masalah.
Comments
Post a Comment