KOTA PALING BERBAU DI DUNIA

(Paris), kota tersibuk (New York) atau kota terkecil (Vatican) di dunia. Tapi ada pula yang mendapat reputasi buruk, salah satunya kota paling busuk di dunia.Laman web travel Skyscanner.com, Courier Mail menyebut, ada lima kotaraya yang dianggap memiliki aroma paling tidak sedap di dunia. Pun begitu, kota ini tetap jadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal. Tapi kota-kota ini tentu saja bukan pilihan pertama jika Anda mengharapkan santai di tempat dengan udara sejuk dan segar.
Berikut 5 Kota paling berbau Di Dunia

1. Cancun, Mexico


Cancun terkenal di kalangan para pelancong asing kerana keindahan pantai dan atmosferanya yang kuat. Tapi tak hanya itu, Cancun juga popular kerana baunya yang tidak sedap. Konon, bau menyengat yang sering tercium di kota pantai yang terletak di bahagian selatan Mexico ini berasal dari sampah-sarap bawah tanah yang berada di area hotel.

2. Venice, Itali

Kota ini memang punya reputasi sebagai kota yang indah dan romantis. Tapi sebaiknya jangan mengunjungi Venice di bulan-bulan musim panas. Pada tempoh itu, sistem sanitari atau pembersih sampah sedang melakukan tugas rutinnya. Iaitu membuang semua kotoran terus ke laut. Di cuaca panas, aroma 'aneh' yang menyengat akan lebih tajam tercium.

3. Rotorua, New Zealand

Rotorua adalah sebuah kota di tepi selatan Danau Rotorua di region Bay of Plenty, Pulau Utara New Zealand. Kota ini terkenal dengan tempat pemandian air panasnya yang terbaik. Namun, para pelancong sepertinya akan sedikit terganggu dengan bau-bauan yang mirip aroma telur busuk. Hal itu disebabkan penyebaran hidrogen sulfida dari geyser.Bau belerang yang sangat menyengat, Rotorua juga dikenal dengan sebutan "Kota Sulfur".

4. St Helen Auckland, Durham

St Helen Auckland, mungkin bukan destinasi percutian yang tepat jika yang Anda impikan adalah udara yang segar. Hampir sebagian besar pertanian tempatan memproduksi bawang, sehingga desa kecil ini pun berbau seperti bawang yang sudah tengik. Beberapa pelancong yang pernah berkunjung ke sini muntah-muntah, ada kalanya mereka tidak boleh keluar rumah, bahkan tidak berani membuka jendela karena bau yang sangat menyengat dan menusuk hidung.

5. Cote-D'or, Perancis


Daerah di bahagian selatan Prancis ini sering berbau kurang sedap kerana merupakan pusat produksi keju
paling busuk di dunia bernama The Epoisses de Bourgogne. Baunya sangat busuk, sehingga makanan yang satu ini dilarang untuk dibawa dalam pengangkutan awam.

Apa-apa pon anda adalah bebas untuk pergi ke sana untuk merasa sendiri pengalaman baru di tempat yang baru...terutamanya yang selalu melancong ke Europe tu...

Comments

Popular Posts