GEMPAR !!! BOLEH JADI KAYA DENGAN BANYAK BERSEDEKAH
Jika anda mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang terbaik. Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”
Matematik Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor
Untuk
memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita
bersama menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur.
Menurutnya, Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita
keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja
menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya
sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan. Sebagai
contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada
seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita
bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang yang telah
disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita
akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.
Orang
yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan
yang bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat
panas. Selain itu, golongan ini juga akan ringan hisabnya. Mereka juga
akan mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi,
golongan ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas.
Terakhir, golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga.
Inilah
rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan
sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan
memperolehi manfaat yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah
untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan
kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan
bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya.
Comments
Post a Comment