MAS U22 IKAT PILIHAN BRAZIL DI HUNGARY
Harimau Muda B22 ikat Brazil XI
Pada perlawanan persahabatan di Hungary yang kedua, Harimau Muda Bawah-22 telah mengikat Brazil XI dengan keputusan 2-2 semalam.
Pasukan Harimau Muda Bawah-22 kini berada di Eropah untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab di Slovakia dan Hungary bagi membuat persiapan untuk Kelayakan Piala AFC B22 pada bulan hadapan.
Harimau Muda memulakan siri perlawanan mereka dengan kelab dari Hungary, Ferencváros TC di mana mereka tewas 5-0.
Namun, Harimau Muda bangkit semula dengan mendapatkan keputusan seri 2-2 ketika bertemu Brazil XI semalam dengan jaringan oleh Ahmad Hazwan dan Mohd Azrif Nasrulhaq.
Pasukan pilihan Brazil XI itu terdiri daripada pemain Brazil yang beraksi dalam Liga Perdana Hungary dan juga mereka yang sedang menjalani unjian untuk mendapatkan kontrak bersama kelab di Hungary. Purata umur pasukan itu semalam adalah 25 tahun.
Walupun hanya seri 2-2, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang ternyata lebih baik daripada perlawanan yang pertama.
"Secara keseluruhannya kami beraksi dengan lebih baik dari perlawanan persahabatan yang pertama. Kami telah bolos pada minit ke-92 selepas mendahului 2-1." kata Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my.
Tambahnya lagi: "Kami akan bertemu lagi satu kelab Hungary, Honved pada hari Rabu ini yang tidak kurang hebatnya seperti Ferencváros."
SUMBER : ESPNSTAR.MY
Comments
Post a Comment