Muslimah Belgium menang kes di mahkamah pekerja
Mahkamah tenaga kerja di kota Tongren, Belgium akhirnya memutuskan membatalkan pemecatan seorang pekerja muslimah dari tempat kerja kerana mengenakan hijab yang merupakan bentuk diskriminasi langsung terhadap prinsip beragama, hal tersebut bererti keputusan sebuah butik pakaian yang memecat pekerjanya kerana menolak melepaskan hijab sewaktu bekerja adalah bertentangan sama sekali dengan undang-undang anti diskriminasi yang berlaku di Belgium.
Mahkamah juga memutuskan untuk memberikan kompensasi kepada individu tersebut berjumlah sepuluh ribu euro. Keputusan tersebut juga berfungsi sebagai dasar bahawa tidak ada seorang majikan pun yang boleh memisahkan pekerja dengan prinsip agamanya.
Perusahaan Hema, pada Februari 2011 telah memecat seorang kakitangannya bernama Joyce van up Dinbush, iaitu seorang warga Belgium yang baru masuk Islam, kerana ia menolak untuk melepaskan hijabnya di tempat kerja.
Perusahaan tersebut terpaksa membenarkan hal itu, dan menurutnya, masih boleh berinteraksi dengan pelanggannya sekalipun mengenakan hijab.(hr/islam Today)
Comments
Post a Comment