Pendapatan RM1 juta dalam 3 tahun



           SEBAGAI usahawan Internet, Irfan dan komputer riba bagai tidak boleh dipisahkan.


Dipetik dari akhbar Kosmo online-
Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang

 besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat 

digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet Benarkah 

ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN 

dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan 

Khairi, 32, berkongsi cerita


DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat 

kerja setiap hari Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan 

meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu 

hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu 

membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.


Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia 

awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet 

Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk 

bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran 

tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.


Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan 

sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk 

berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.
Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau 

pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama 

seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan 

Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.


Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika 

masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang 

reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan 

mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk 

seperti buku dan peta Malaysia.

"Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan 

Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata 

Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, 

Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini


Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai 

perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah 

melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik 

menerusi perniagaan Internet


"Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang 

cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat 

tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari 

Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, 

Perak ini.
Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet 

ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya 

sahaja, ada lima buah komputer.

Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar 

masa di rumah dan hanya menghadap komputer 

untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang 

yang disangka?

Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan 

goyang kaki sahaja."


Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin 

sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, 

dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya 

bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-

tempahan grafik dan sebagainya.

"Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar 

dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan 

memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet 

dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.


"Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 

ke atas sehari."

Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran 

akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.


"Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 

sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum 

berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet 

hanya 500 juta orang.
IRFAN turut berkongsi rahsia kejayaan dengan menulis buku.

"Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu 

perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat 

pengusahanya.
"Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin 

sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam 

talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan 

Internet.

Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya 

rahsiainternetcom, ideabubble.com dan slash.com.my.


Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi 

bekerja di rumah dan kos yang rendah.
"Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar 

sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan 

Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk 

sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin 

bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.


"Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih 

masa dengan keluaSaya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang 

sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh 

dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran 

jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.
Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan 

mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai 

milikannya


"Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu 

membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk 

mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita 

mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi 

tanpa minat yang mendalam dan dorongan 

motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam 

diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun 

ketika berumur 18 tahun lagi.

Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-

buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow 

Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya 

inspirasi.
Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak 

disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang 

terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di 

Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi 

kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila 

melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain 

agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan 

menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis 

beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, 

mempunyai program di radio dan televisyen.

"Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan 

dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang 

perniagaan Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang 

amat besar untuk berjaya.


"Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan 

khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak 

bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau 

merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di 

monitor komputer," ujarnya.

Comments

Popular Posts