SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H SK SERI TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG JOHOR
TIDAK seperti sambutan di lain tempat sekolah Seri Taman Kluang Barat merupakan satunya sekolah yang menyambut Maulidur Rasul dengan begitu meriah sekali selama 2 hari 1 malam bermula petang Jumaat 1Feb 2013 hinggalah ketengahari esoknya iaitu sambutan kemuncak pada 2 Feb 2013 yang melibatkan seluruh warga sekolah dengan acara rewang (gotong royong menyiapkan bahan masak dan memasak) secara beramai-ramai yang mana pada tahun ini 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing ditumbangkan termasuk seekor lembu aqiqqah dan berpuluh ekor ayam bagi menyempurnakan hidangan nasi briani istimewa dengan sumbangan datangnya dari banyak pihak terutamanya para ibu bapa, PIBG dan staf sekolah sendiri.
Ustaz Helmi melapah daging ayam sewaktu acara rewang
PADA sebelah malamnya acara solat hajat dan tahlil pula diadakan di surau sekolah bagi memohon kepada
yang Maha Esa agar memberkati, melindungi dan menjadikan para pelajar terutamanya murid tahun 6 agar memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2013.
KEMUNCAKNYA pada pagi Sabtu 2 Feb 2013 bermula jam 7.30 pagi para guru, murid dan ibu bapa yang turut hadir telah berkesempatan menyertai acara perarakan yang bermula di sekolah kemudian melalui jalan 124 Taman Kluang Barat dan berakhir di kantin sekolah.
Persembahan nasyid Johan Pertandingan nasyid Maulidur Rasul 1434H
FOTO2 SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
SEBAGAIMANA yang diujarkan awal tadi sk seri taman kluang barat memang unik dan sporting .Nak tau... gotong royong mengemas dan membersihkan semuanya termasuklah segala alatan dan periuk belanga yang bersaiz anak gajah tu. Tabik dan tahniah la buat semua AJK dan guru yang terlibat terutamanya orang besi dan orang kuat Panitia Agama Pn. Azizah Hj Nasir...semoga usaha-usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa depan..INSYA'ALLAH. Dengar khabar Panitia Agama dah standby buat projek baru untuk ramadhan syawal tahun ni...mudah-mudahan jadi lah ye...eek
Comments
Post a Comment