1. Sakit Kepala Sebab Ketegangan (Stress)
Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
• Menyerang pada bila-bila masa.
• Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
2. Migrain
• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.
3. Sakit Kepala Bertumpu
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.
4. Keradangan Sinus
• Sakit yang biasanya bermulal semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
• Mempunyai sejarah 'demam hay'(rhinitis alergik) dan alahan.
5. Arteritis Temporal
• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
• Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
• Penglihatan terganggu
• Sakit-sakit pada seluruh badan.
• Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang
• Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.
sumber dari Risalah Kesihatan
Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala
1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua
tapak tangan di kepala,
terutamanya pada bahagian yang sakit.
Comments
Post a Comment