TUAN GURU NIK AZIZ KAGUM CARA BRIGED AL-QASSAM AJAR ZIONIS
Bahasa interaksi dengan zionis ketika ini
perang senjata
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak genjatan senjata dengan
rejim zionis Israel.
Menurutnya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan
Islam dan bumi Palestin sendiri.
Tuan Guru seterusnya berkata, saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak
dahulu, membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria dan Yahya kini melakukan
kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyat
dengan kejam.
"Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau
mereka dari mendiami tanah suci Palestin.
"Hari ini Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera
tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang
dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan
menggunakan persenjataan yang semakin canggih," ujarnya.
Dalam kenyatannya kepada Harakahdaily, Tuan Guru berkata, Israel semakin
gentar lalu bersetuju menerima genjatan senjata yang dicadangkan pihak Mesir.
Namun tambah beliau, ia tidak dipedulikan oleh Hamas.
Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa
perang senjata.
Beliau mendapat maklumat, Israel memperluaskan lagi serangan mereka dan ingin
menguasai beberapa tempat di bandar Gaza, Baet Hanoun, Khan Yonis akan tetapi
dipatahkan serangan mereka oleh Briged al-Qassam.
"Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah
kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan. Ini sikap pejuang yang
kita banggakan.
"Kami akan memberi sokongan padu dengan sumbangan sumbangan dan mengajak
masyarakat supaya berdoa kesejahteraan dan kemenangan bagi pihak pejuang islam
di Gaza," ujarnya. -HARAKAHDAILY 20/7/2014
Comments
Post a Comment