BERITA BAIK UNTUK PEMINJAM PTPTN..LEPAS NI DAH TAK PAYAH BAYAR DAH



Berita baik utk peminjam ptptn
Korang mesti peningkan ...tengah belajar terpaksa berhutang dengan PTPTN ,Yelah belum grad lagi and belum dapat kerja dah kena fikir hutang hutang PTPTN yang korang dapat tu .Time dapat memanglah best .Time nak bayar ?Haaaaaaa bunga lagi mana nak cekau duit maklumlah baru fresh graduate kan .Unless korang pandai nauzubillah boleh dapat first class degree memanglah boleh convert jadi scholarship.
Kita ni hanya biasa didedahkan dengan JPA,Mara ,PTPTN.Yang lain kita tak didedahkan .In case macam aku ni ..tak berapa nak pandai sampai JPA pun taknak pandang aku .Huhuhu .Aku dulu bekas peminjam PTPTN jugak .Aku memang kalau boleh taknak pinjam PTPTN tapi dah terpaksa ....and aku cari alternative lain selain PTPTN .
Bagi korang yng tak dapat JPA tu jangan sedih okay .Aku ada satu pinjaman baik punya yang aku nak share. hehehhee .Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat .Dia takdelah nak pointer yang meletop kebabom macam JPA .Serious talk sebab pointer aku time mohon pinjaman ni taklah bagus mana .Tapi Alhamdullilah ,rezeki aku dapat .Huhuhu.


Apa itu Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat ?
Merupakan salah satu pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat bagi peringkat Sijil Kemahiran ,Professional ,Diploma,Degree dan PHD .Berita baiknya adalah pinjaman ini TIDAK DIKENAKAN SEBARANG BUNGA .Yes .You heard me right ? tidak dikenakan sebarang bunga .And one more thing ,korang akan bayar pinjaman korang mengikut PNG Kesuluruhan korang .Kiranya semakin tinggi result korang ,semakin sikit korang kena bayar .Maksud aku korang dapat potongan bayaran balik menikut PNG Keseluruhan korang .
Untuk 3.75 keatas ,pinjaman korang akan di convert menjadi SCHOLARSHIP !
Untuk 3.74 hingga 3.5 korang hanya bayar 10% pinjaman korang sahaja .
Untuk 3.0 hingga 3.49 ,korang hanya dikehendaki bayar 30% dari pinjaman korang .
Untuk 2.99 hingga 2.5 korang kena bayar 50% dari pinjaman korang .
Lastly untuk 0 hingga 2.49 korang kena bayar 100% pinjaman korang .
So tak ke korang rasa benda ni boleh jadi pembakar semangat untuk memastikan lepas korang grad korang dapat bebas hutang atau paling tak pun dapat potongan yang banyak .So takdelah terlalu terbeban dengan hutang lepas korang grad .And takde pinjaman lain yang tawarkan korang potongan camni tau!! So memang berbaloi baloi daripada PTPTN .
KELAYAKAN PEMOHON
Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
SYARAT UMUM
* Warganegara Malaysia
* Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran
* Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian
* Tidak muflis
* Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS
* Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat
* Pemohon-pemohon yang ingin memohon PPBU dikehendaki mempunyai minima RM100 di dalam akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebelum membuat permohonan secara 'online'
* Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR
SYARAT-SYARAT KHUSUS
* Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan : - Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas
* Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan : - Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas
* Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan : - Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STAM yang setara dengan STPM ATAU - Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0
* Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas)
* Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran : - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU - Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM
INSTITUSI PENGAJIAN
* IPTA / IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh JPA / MQA
* ILA / ILS yang diiktiraf oleh MLVK / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan
BIDANG PENGAJIAN
* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut :
I. Perakaunan
II. Perbankan
III. Pengurusan Perniagaan
IV. Sumber Manusia
V. Ekonomi
VI. Komunikasi Media
VII. Undang-undang
VIII. Sains Aktuari
* PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan


Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat
PPBU bermaksud jumlah bayaran balik tajaan yg diterima boleh diubah mengikut syarat syarat yg ditetapkan dan tertakluk kpd budibicara YBR.
Syarat kelayakan akademik. Bg pemegang SPM . 5A dan 4B. Bg pelajar semester 2 ke atas sekurang-kurangnya CGPA 3.0 ke atas.
Permohonan online di buka utk diploma pd 1 Mei 2016 hingga 1 Julai 2016. Maksimum jumlah tajaan RM7500 setahun. Tempoh tajaan 3 tahun.
Bg peringkat Ijazah Sarjana Muda permohonan dibuka pd 18 Julai 2016 hingga 30 September 2016. Maksimum tajaan RM9500 setahun. Tempoh tajaan 4 tahun. Permohonan hendaklah dibuat secara online dihttp://www.yayasanbankrakyat.com
Pelajar perlu membuka akaun Bank Rakyat dgn minimum RM100. Borang perlu dikembalikan dlm masa 14 daripada tarikh penawaran PPBU. Apa-apa pertanyaan hubungi 03 26129600 ext. 8046.

Comments

  1. Inilah solusi terbaik untuk kebebasan finansial, jadikan tahun Anda sukses dengan mengunjungi layanan pinjaman christian morgan di mana Anda bisa mendapatkan pinjaman untuk memulai bisnis impian Anda tanpa stres dan mendapatkan pinjaman Anda disetujui dalam satu minggu .. Apakah Anda mencari pinjaman? Atau pernahkah Anda ditolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Anda memiliki tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda di sini! Kami memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu dengan tingkat bunga rendah dan terjangkau sebesar 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com

    DATA PEMOHON:

    1) Nama Lengkap:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negara:
    5) Jenis Kelamin:
    6) Status Perkawinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nomor Telepon:
    9) Posisi di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
    12) Durasi Pinjaman:
    13) Pinjaman Bunga:
    14) Agama:
    15) Sudahkah anda melamar dulu;
    16) tanggal lahir;

    Terima kasih,
    Nyonya Christian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts