Awasi anak kita - Bahagian 1




AWASI...ye saya ulang...awasi anak kita..pantau segala aktiviti mereka, pergerakan mereka, rakan mereka, saing rodong mereka, segalanya wajib dalam pengetahuan kita..ibu bapa mereka.kita yang akan menentukan halatuju dan masa depan mereka..anak kita kan..kerana kalau kita biarkan tanpa batasan nescaya akan binasalah..semua akan hancur lebur..punah ranah segalanya...percayalah...Astaghfirullah apa nak jadi anak2 sekarang..baru setahun jagung dah pandai merenyam...menggatal..miang keladi..cakap mengalahkan laki bini..binawe betul..



hoii budak...kau sedar tak yang kau tu makan minum mak ayah tanggung..pergi sekolah pon mintak duit dengan bapak..ada hati cakap cintan cintun..siap bertukar gambar2 lucah lagi..samdol betul...kan tak pasal2 aku banyak maki hari ni..bukan pe..sedih dan amat terkilan dengan perangai kebanyakan anak2 remaja kita hari ni...bukan semua ...tapi kebanyakannya yang hanyut dan leka dibuai arus kemodenan dunia...

Hai anak kenapalah kamu jadi begitu..ibu ayah tatang kamu dengan penuh ..cukup segalanya akan tetapi sampainya hatimu nak..memperlakukan kami orang tuamu sebegitu rupa..apa salah kami..apa lagi yang kurang..selama ini memang kami sedaya upaya memenuhi kehendakmu anak..walaupun terkadang kami terpaksa korbankan makan minum kami..meminjam sana sini demi menunaikan hajat kamu..dihina,dicaci,nista semuanya kami hadap dan hadam demi tidak ingin menghampakan harapan anak yang amat dikasihi...tapi lihatlah apa balasan mereka yang senantiasa mengecewakan dan mendukacitakan..hancur luluh hati sang ibu, pecah berderai impian sang bapa yang ingin melihat anaknda berjaya dunia dan akhirat...untuk kesenangan mereka juga nanti..besar sangatkah pengharapan begitu..melampau sangatkah permintaan kami ini hai anak...susah sangatkah!!!!



Ibu bapak mana yang tak risau kalau2 anaknya tak ketentuan halatuju dalam hidup..mentah dalam membuat keputusan, cepat terpengaruh dengan kawan...cakap dan idea kawan lebih dominan daripada nasihat orang tua walaupun sudah pasti ibu ayah ikhlas dan impikan yang terbaik untuk anak.
Manakala kawan yang sebaya..alahai..apalah yang mereka tahu pasal gelombang dan dugaan kehidupan kerna dalam diri mereka sudah pasti hanya keseronokan dan kepuasan diri yang dicari..tanpa perlu serabutkan otak mereka dengan tanggungjawab...itulah realiti anak remaja kita sekarang.



Dan tak perlu rasanya saya imbaskan semula pelbagai peristiwa dan tragedi melibatkan remaja yang begitu berleluasa dan menggila sehingga kini dan masih mencalar imej agama dan bangsa sehingga kini seolah tiada kesudahannya.Airmata kesayuan masih belum kering tatkala mengenangkan tragedi Maahad Tahfiz Darul Ittifaqiyah 2017 dan banyak lagi tragedi lain sebelum itu yang semuanya berpunca daripada hilangnya jatidiri anak anak remaja kita.Adakah salah didikan ibu bapa, adakah masyarakat kurang prihatin,guru guru gagal mengekang nafsu pelajar atau tiada agensi penguatkuasaan.. rasanya tak perlulah nak menuding jari kepada sesiapa... yang lebih penting setiap pihak wajib menggalas peranan masing2 sepenuhnya,setiap masa dan jangan mudah putus asa kerana kita semua hendak menaiktaraf manusia...ciptaan Allah yang sangat kompleks, hebat dan pintar..bukan senang... Teruskan sahaja kerja yang baik dan jangan pernah penat..sentiasa berdoa dan merendah diri di hadapan Maha Pencipta.. insyaAllah everything will be OK..

# kenyataan di atas adalah pandangan peribadi dan tiada niat untuk nak sibuk nasihatkan anda sebab saya pun ada anak jugak...sekadar meluahkan dan berkongsi#

Comments

Popular Posts