DAHLA CACAT, DIISYTIHAR MUFLIS, KENA MASUK PENJARA PULA

SEPATUTNYA... CAMNI KE


tak bayar hutang RM150 kena penjara 



Beginilah undang-undang di Malaysia. Lewat bayar hutang RM150 saja, mahkamah arahkan orang Melayu ini dipenjarakan. Geram betul baca berita di bawah ini. Melayu bernama Suradi ni bukan kaki rasuah, bukan kaki betina, bukan perompak, bukannya murtad. Beliau ditimpa kemalangan menyebabkan beliau terpaksa menjual kereta, tetapi ditipu. Namun beliau tetap berusaha membayar hutang, isteri beliau juga bekerja, berlapar untuk membantu suami. Tapi mahkamah tetap memenjarakan beliau. GERAM, GERAM, GERAM, MARAH, MARAH, MARAH !!!

Agak-agaknya orang susah macam Suradi ni dan beribu-ribu lain yang muflis macam Suradi ni layak tak dapat RM500 yang PM umumkan dalam Bajet 2012. Orang Muflis boleh ke ada akaun bank, boleh dapat bantuan kerajaan? Ke Pendatang Asing diutamakan !!!

RAYU BEBAS SUAMI MUFLIS DARI PENJARA
Berita Harian 17 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.

Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis. “Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.

Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.

Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank.

Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rayubebassuamimuflisdaripenjara/Article/index_html

SUDAH DIISYTIHAR MUFLIS, DIPENJARA PULA SEBULAN
Berita Harian 24 Okt 2011

SURADI Darius, berusia 43 tahun diisytiharkan bankrap pada 2004 akibat kegagalan melangsaikan hutang pinjaman kereta. Suradi diarahkan Pejabat Insolvensi Malaysia untuk membayar ansuran RM50 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang selari dengan perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005.

Isteri Suradi, Rosnah Mohd @ Sailan sebagai penjamin juga diisytihar bankrap. Suradi terpaksa membayar hutang isterinya RM50 sebulan menjadikan ansuran bulanannya ialah RM100.

Suradi tidak mempertikaikan keputusan mahkamah pada 27 September lalu kerana berdasarkan undang-undang. Namun, adalah keterlaluan dan tidak setimpal jika beliau dipenjarakan sebulan hanya kerana gagal membayar baki RM150.

Jika Suradi hidup mewah dan enggan mematuhi perintah mahkamah, wajar tindakan memenjarakannya dilaksanakan. Kes Suradi ialah yang pertama di Malaysia dengan tindakan memenjarakan si bankrap dilaksanakan sejajar dengan lunas undang-undang. Namun, persoalannya, adakah wajar dan patut beliau dipenjarakan sebulan?

http://www.bharian.com.my/bharian/articles

Sudah diisytihar muflis, dipenjara pula sebulan
Oleh Norina Munira Karim

2011/10/24

SURADI Darius, berusia 43 tahun diisytiharkan bankrap pada 2004 akibat kegagalan melangsaikan hutang pinjaman kereta. Suradi diarahkan Pejabat Insolvensi Malaysia untuk membayar ansuran RM50 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang selari dengan perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005.

Isteri Suradi, Rosnah Mohd @ Sailan sebagai penjamin juga diisytihar bankrap. Suradi terpaksa membayar hutang isterinya RM50 sebulan menjadikan ansuran bulanannya ialah RM100.
Akibat kegagalan pembayaran ansuran berkenaan, Pejabat Insolvensi Malaysia memfailkan Permohonan Komital di bawah Seksyen 91(2) Akta Kebankrapan 1967 terhadap Suradi. Beliau dihadapkan ke mahkamah pada 30 Jun lalu hanya selepas waran tangkap dikeluarkan mahkamah atas permohonan Pejabat Insolvensi Malaysia.
Suradi menjelaskan kepada mahkamah beliau tidak pernah menerima apa-apa surat atau tindakan mahkamah sebelum ini. Namun, beliau tetap hadir di mahkamah pada setiap tarikh bicara dan membayar semua tunggakan RM3,450 yang dikira dari Oktober 2004 hingga Jun 2010.

Namun, ia tidak memadai bagi Pejabat Insolvensi Malaysia yang meminta Suradi membayar tunggakan sehingga September lalu. Suradi tiada pilihan walaupun jelas ia memprejudiskan beliau kerana tempoh antara 30 Jun hingga 27 September lalu adalah singkat untuknya mencari wang membayar semua jumlah dituntut.

Bagaimanapun, Suradi tetap akur dan berusaha mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang dalam tempoh diberikan. Suradi berjaya membayar jumlah terhutang sehingga Jun lalu dan berbaki tiga bulan berjumlah RM150 saja. Walaupun usaha gigih dan kerjasama diberi kepada mahkamah dan terutama Pejabat Insolvensi Malaysia, Suradi tetap dikenakan penjara sebulan atas alasan melanggar perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005 dan sebagai pengajaran kepada semua pihak terutama mereka yang muflis agar mematuhi perintah mahkamah.

Suradi melalui peguamcaranya, Tetuan Imam & Associates memfailkan rayuan atas hukuman itu dan pada 21 Oktober lalu, mahkamah membebaskan Suradi dengan hukuman sebulan penjara adalah keterlaluan. Namun ia tidak menyebabkan Suradi tidak layak dipenjarakan kerana ia benar dan sah di sisi undang-undang. Suradi contoh menarik yang perlu mendapat perhatian semua pihak terutama Pejabat Insolvensi Malaysia dalam melaksanakan tugas. Pejabat Insolvensi Malaysia perlu melihat setiap kes berdasarkan merit dan keadaan si bankrap sebelum bertindak ikut undang-undang. Setiap kes berbeza dan unik. Justeru, pertimbangan adil amat dituntut sebelum tindakan dibuat.
Suradi tidak mempertikaikan keputusan mahkamah pada 27 September lalu kerana berdasarkan undang-undang. Namun, adalah keterlaluan dan tidak setimpal jika beliau dipenjarakan sebulan hanya kerana gagal membayar baki RM150.

Di manakah pertimbangan pihak terbabit selepas segala usaha gigih beliau melunaskan hutang? Adakah padan dan patut beliau dipenjarakan dengan alasan kepentingan awam dan sebagai pengajaran semata-mata?

Adakah Pejabat Insolvensi Malaysia melaksanakan tindakan lain sebelum mengambil tindakan akhir iaitu penjara? Adakah amaran terakhir diberi kepada Suradi dan mengapa Pejabat Insolvensi Malaysia tidak mengenakan denda sebagai alternatif? Apakah faedah jika Suradi dipenjarakan sedangkan beliau akan dibuang kerja? Bagaimana Suradi membayar ansuran bulanannya jika tidak bekerja?

Suradi harus mendapat peluang terakhir untuk mempelajari kesilapannya kerana beliau bukan pesalah ulangan atau enggan terus mengingkari perintah mahkamah. Malah, hutang itu dibayar masih berbaki RM150.

Pejabat Insolvensi Malaysia sewajarnya melaksanakan penguatkuasaan lebih mantap dan berkesan sebelum memenjarakan si bankrap. Dalam melaksanakan undang-undang, segala alternatif lain perlu dilaksanakan dulu dan pertimbangan sewajarnya diambil kira termasuk taraf kehidupan, sosial dan kerjasama si bankrap.

Jika Suradi hidup mewah dan enggan mematuhi perintah mahkamah, wajar tindakan memenjarakannya dilaksanakan. Kes Suradi ialah yang pertama di Malaysia dengan tindakan memenjarakan si bankrap dilaksanakan sejajar dengan lunas undang-undang. Namun, persoalannya, adakah wajar dan patut beliau dipenjarakan sebulan?

Ini penting untuk menjaga integriti Pejabat Insolvensi Malaysia supaya tidak dianggap jabatan kerajaan yang kejam dan tidak bertimbang rasa dalam pelaksanaan tanggungjawabnya.

Janganlah gunakan undang-undang sebagai medium untuk menghukum si bankrap tanpa memberi peluang dia mempelajari kesilapannya atas alasan kepentingan awam semata-mata.

Penulis ialah anggota jaringan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Comments

Popular Posts